Teknik Buat Duit Dengan Instagram

Teknik Buat Duit Dengan Instagram

Teknik Buat Duit Dengan Instagram

Pemasaran Online – Teknik Buat Duit Dengan Instagram

Bak kata saudara Nigel Ong seorang penulis eBook  panduan borong barang dari China, tahun 2017 semakin menggila! Mana tidaknya, baru sekejap tirai 2016 ditutup rapat dah macam-macam isu orang bercerita, plastik kena cas, Selangor tak ada air dan minyak petrol semakin mahal. Jadi tak hairan kalau banyak anak-anak muda dah start berjinak dengan perniagaan online, buat duit di internet, dan termasuklah Teknik buat duit dengan instagram.

Ada dua golongan biasanya akan muncul dalam situasi yang saya kira ‘genting’ di zaman-zaman ekonomi tidak sihat sekarang ini.

  1. Orang yang mula hilang semangat, hilang kerja, dan kos hidup semakin tinggi.
  2. Orang yang bijak teropong peluang untuk harungi kesempitan hidup gara-gara ekonomi.

Yang mana satu kategori anda?

Teknik Buat Duit Dengan Instagram 

Terus terang saya katakan, dunia perniagaan ni sebenarnya kejam! Ya serius… kalau anda tak betul-betul.

Tapi buat duit di instagram, berniaga di instagram ni mudah saja kalau tahu caranya.

Tak perlu karang ayat panjang-panjang macam karangan SPM untuk jual produk.

Tak perlu jadi artis pun untuk jadi jutawan. Kalau ada, itu bonus!

Hai! Nak tahu produk IM yang mana sesuai & betul-betul hasilkan $$$?

Daftar percuma sekarang, dan dapatkan review serta info tentang bisnes online ekslusif dari saya - Duke Naim

Cukup sekadar bermodalkan smartphone dan pandai ambil gambar.

Sebelum anda pergi jauh, kena tahu rialiti bisnes online sekarang ni macam mana. Begini…

Perniagaan internet ni memang sinonim dah sekarang dengan orang kita. Bila sebut pasal bisnes online itu dah jadi perkara biasa. Benda common, tak pelik dan tak WOW pun lebih-lebih lagi dimata pakcik dan makcik yang dah nak separuh abad usia mereka.

Segala jenis perniagaan, bidang, strategi dan termasuklah teknologi semakin laju memotong umur kita. Jadi sekiranya anda minat mahu jana pendapatan sampingan mahupun sepenuh masa, hati kena kental dan keras macam titanium, kalau tak… memang pesaing anda akan rembat semua dan kaut hasil.

Hari ini saya nak ajak anda….

Tak kira anda ni newbie, tak ada akaun instagram atau dah pasang niat nak memulakan pernigaan internet, tiba masa untuk anda pertimbangkan strategi dan teknik perniagaan di instagram.

Trend 2017 sudah berubah, Instagram lubuk emas bagi peniaga online.

Ada cara sebenarnya untuk berniaga di insta. Yang pasti semua orang pun boleh buat asalkan ada minat. Kalau tak minat, buat apa pun memang tak akan jadi. Korang pun tahu media sosial seperti Facebook hari ini semakin lama semakin sesak. Semua orang mahu jadi bisnesman. Yang pakai Fb ads (facebook ads) banyak yang mengeluh kerana kos mahal dan susah nak convert jualan.

Kalau dulu facebook memang berlonggok ‘hungry buyer’. Empunya fan page memang tegar nak buat sponsored iklan dan reach kepada auidience sangat senang dan laju. Tapi sekarang, game dah berubah! Totally different. Ilmu tahun 2010 dah tak sama lagi nak guna untuk tahun 2017 and so on. Nak dapat Kos cpc cpm 0.02 sen boleh kata dalam mimpi saja.

Bila facebook mula ketatkan syarat, dan rendahkan reach audience, ramai pemain-pemain facebook ads dah mula beralih kepada medium pemasaran yang lain seperti Instagram.

Buat Duit Dengan Instagram.

Saya ringkaskan kat sini teknik buat duit dengan instagram.

Kat bawah ni saya senaraikan perkara paling asas yang anda wajib anda tahu dalam seni perniagaan di instagram

1) Membina profile atau kedai online di instagram

2) Teknik dan strategi mendapatkan follower ramai dan targeted

3) Cara yang halus tapi tajam membina post/status di isntagram

4) Strategi #Tags yang gagah.

 

Profil Instagram

Nak bina profile dekat instagram ni bukan susah. Dalam masa 2-5 minit pun dah boleh siap. Pada part ini, anda perlukan nama bisnes atau nama pengenalan untuk profile instagram anda.

Cara terbaik ialah pakai nama yang mudah orang ingat dan mesra. Yang ni kena kreatif sikit fikir. Katakan anda jual produk kanak-kanak, jangan lah pula letak nama “Siti Collection” semata-mata.

Kebanyakan orang, langkah pertama iaitu pada pemilihan nama pun dah tersilap. Anda harus lebih kreatif dan fokus pada part ini supaya orang mudah jumpa anda semasa online. Jika seorang ibu mencari produk kanak-kanak apa yang biasa berlegar-legar dalam fikiran mereka? Apa keyword yang mereka bakal guna.

Contoh mudah – “Baju murah kanak-kanak”

Sebenarnya bila kita sendiri dah ‘duduk’ dalam minda mereka, kerja akan jadi lebih mudah. Tak perlu fikir panjang-panjang sejauh 100 kilometer nak cari nama kedai instagram .

Contoh nama kedai instagram sekiranya anda menjual produk kanak-kanak:

  • Baju budak murah/Barangan Bayi Murah

Contoh nama profile jika anda menjual produk lain seperti gadget

  • Kedai gadget shahalam/murah giler gadget/  ( anda juga boleh masukkan nama lokasi pada nama kedai insta)

Membina Follower Instagram

Kunci kejayaan insta ialah dari follower. Sifirnya macam ni, makin ramai follower, makin senang kerja anda buat sales.

Nak dapatkan follower ni ada tekniknya. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tapi kalau ramai saja tak guna, kita nak yang ramai + targeted. Tepuk dada tanya selera. Contoh cara tarik follower:

1 . IG review

2. Swap review

3. Follow minum 20-50 orang sehari secara manual

 

Strategi Posting Instagram.

Supaya visitor kenal dan tahu IG bisnes anda, ada beberapa elemen dalam posting yang anda kena titik beratkan. Kalau tak ada benda ni, lupakan hasrat nak buat duit dengan instagram

A) Gambar

Instagram is all about the photos. Jadi dekat sini, anda wajib tahu teknik untuk dapatkan gambar yang baik, terang, seksi dan cantik.

Jangan upload semberono gambar yang entah apa-apa. Sebaiknya edit lah dulu menggunakan photo editor yang ada dalam smartphone anda, contohnya menggunakan aplikasi Pic Arts dari Playstore

B) Guna ayat-ayat promosi yang gagah.

Maksud kat sini, bukanlah anda kena buat serangan bertubi-tubi dengan ayat menjual sepanjang masa. Kita sendiri pun dah bosan kalau ashik disogok dengan promosi dan jualan sahaja hampir setiap hari kan? So pada bahagian posting ini, ada seninya juga.

Guna Ayat Copywriting Santai!

Ayat copywriting yang santai adalah sangat bagus. Ini kerana, instagram adalah masih sebuah media sosial. Penggunaan ayat promosi atau copywriting secara softselling adalah lebih berkesan. Jangan terlalu menjual supaya orang tak menyampah dengan anda. Apa kata anda perkenalkan produk dan kongsikan benefit berbanding menggunakan ayat-ayat yang nampak terlalu menjual.

Contoh ayat promosi menjual:

“Kamera ini dilengkapi lense yang boleh zoom sejauh 1 Kilometer. Beli hari ini, dengan harga RM2000 dan dapatkan diskaun 30% sebelum hujung bulan. Call sekarang!”

Contoh ayat promosi ‘softselling’ atau berkongsi:

“Nak ambil photo ala-ala profesional tak perlu pun kamera yang mahal sebenarnya. Asalkan tahu teknik snap dan pencahayaan yang betul. Hari tu, cik abang buat demo ambil gambar guna kamera kenon ni, yang magiknya objek 1 kilometer jauh pun boleh nampak garis-garis halus. Owh, rasa takut pula nak bergambar kalau kita tak pakai makeup nanti. Tak percaya cubalah kamera kenon ni, nasihat… tepek bedak sikit sebelum snap ya!”

Psikologinya, orang lebih suka jenis perkongsian dan dengar cerita berbanding kena jual. Sebab itu banyak tukang karut, tukang cerita dan korang sendiri sebenarnya suka tengok drama kat TV3.

B) Waktu Posting

Jangan terlalu kerap buat posting setiap masa. Adjust masa yang sesuai contohnya pada sebelah pagi, petang dan malam sahaja.

Cara terbaik, kaji pesaing anda bagaimana mereka melakukan posting dan waktu yang mereka gunakan.

 

Instagram Hashtag

#hashtag tu apa? Biasanya kita tengok ramai sangat orang suka letakkan hashtag untuk mempromosi produk atau diorang ni sengaja suka-suka letak?

Okeh, fungsi hashtag ini secara tak langsung boleh membantu anda untuk naikkan branding. Anda boleh guna hashtag jenama anda sendiri dalam Instagram.

Hasgtag ini juga sebenarnya membantu owner untuk mengkategorikan produk. Sebagai contoh. Katakan anda mempunyai hanstag – #TudungBudak . Jika orang mula buat carian di instagram dan menggunakan hashtag tersebut, produk-produk anda akan keluar dipaparan carian mereka bersama-sama dengan produk orang lain.

Sekiranya anda mempunyai hashtag yang unik, contohnya nama brand atau nama kedai anda, peluang untuk visitor kenali bisnes anda jauh lebih cerah. Hashtag juga boleh dimasukkan dalam setiap posting di instagram.

Pengakuan jujur. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk menjual termasuklah di instagram. Oleh sebab itu, teknik buat duit dengan instagram ini ada banyak bahagian untuk anda kuasai.

Jadi supaya anda tak buang masa, lakukan perkara yang remeh, renyah dan rumit….

Anda kena fikirkan cara yang betul dan pantas di instagram.

Bayangkan, jika segala perkara kita kena buat, cari follower, buat posting, fikir ayat jualan dan hampir semuanya A-Z anda buat, bilakah masa untuk anda mula menjual dan dapatkan hasil?

Tujuan utama berniaga ialah untuk buat lebih banyak jualan, bebas masa, bebas wang dan mempunyai masa berharga dengan keluarga.

Masalah banyak orang ialah, dah buat itu ini pun tapi masih gagal. Jualan slow giler. Pelanggan tak nak pun beli dari anda. Menyampah dan malas deal dengan anda…Oh  tidak memang ngeri!

Sebab itu anda perlukan guru. Biar ada orang jentik jari anda kalau buat salah. Jangan ashik spam di instagram dengan ayat-ayat kurang bijak lagi seperti “visit my IG….visit my IG”  semua ini sudah lapuk, tak jalan.

Jika anda serius mahu belajar dan kuasai seni berniaga di insta, saya sarankan anda download panduannya disini – Teknik Buat Duit Dengan Instagram 

 

Sebenarnya usahawan digalakkan untuk gunakan pelbagai medium bagi melonjakkan bisnes. Jutawan internet Irfan Khairi pun cadangkan supaya anak muda dan orang yang baru nak berbisnes boleh bermula dengan platform Instagram.

Rugilah kalau anda seorang peniaga tapi tak ambil peluang promosi produk dalam instagram. Kuasa instagram sekarang memang luar biasa. Saya hanya ambil cerita yang betul sahaja. Memang secara organiknya, bukanlah semua orang berjaya bila berniaga di instagram.

Tapi ramai yang dah dapat hasil hanya menggunakan instagram sebagai lubuk cari makan. Why not anda cuba sesuatu yang memang proven dan sudah beri banyak result diluar sana kan. Sebab itu anda perlukan panduan yang lengkap bagaimana teknik buat duit dengan instagram dapat bantu turbokan bisnes anda.

Kesimpulan, buat bisnes ni tak boleh redah sahaja. jangan jadi Rambo.

Sebab itu kena berguru. Kalau malas datang kelas, tak suka belajar ramai-ramai, dapatkan panduan yang betul barulah akan sukses. Saya sarankan,baca panduan Letupkan Jualan Instagram ini inshaallah  anda juga akan dapat result macam usahawan yang dah berjaya diluar sana. Kalau tak sama, sikit pun jadilah.

 

PS: eBook, panduan dan segala jenis modul belajar perniagaan instagram ini, tak akan buat anda kaya sekelip mata tanpa usaha. Orang kita gagal bukan sebab tak nak usaha, tapi EGO.

 

 

 

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

8 comments
siti hazreen says February 4, 2017

wah, tips yang sangat berguna, terima kasih 😉
siti hazreen recently posted…Cara Beli Emas Public Gold Melalui Akaun GAP Kali PertamaMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 4, 2017

    Sama-sama kasih cik puan Siti Hazreen 😉

    Reply
Elih Japahar says February 8, 2017

Boleh tahan tip ni. Planning nk bisnes guna instagram jugak nanti. Nampak kuasa hastag tu sampai 1 dunia boleh nampak huhu.
Elih Japahar recently posted…Terima Komisen Affiliate Klikjer Januari 2017My Profile

Reply
    Dukenaim says February 8, 2017

    Hashtag #cubalah haha. Alang-alang berniaga biar terus kaya ngeee hihi

    Reply
Noriza Abdul Rahman says April 20, 2017

Baru-baru ni tengok seorang budak yang viral dalam instagramnya. Kalau dia buat jualan mesti meletop ni

Reply
    Dukenaim says May 3, 2017

    untung budak-budak sekarang, channel dan medium terbentang luas =)

    Reply
Bisnes mudah says May 1, 2017

Thanks , info yang sangat berguna instagram menjadi satu alternatif lain selain facebook.
Bisnes mudah recently posted…4 Cara Mencari Hotel Bajet Di Cameron HighlandMy Profile

Reply
Add Your Reply

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor