Strongest Man 2018

Ya, dekat atas ni salah satu cerita korea yang bagus untuk tontonan orang berjiwa bisnes.

Semalam baru habis tengok.

Banyak nilai pengajaran, motivasi dan kecekalan menempuh dunia perniagaan dari bawah hingga berjaya, selain adegan bercium semata-mata.



Fuh agak lama sebenarnya saya tak menulis di blog ni. Terakhir pada bulan August tahun lepas itu pun untuk satu review panduan belajar google Adwords.

Jadi pembukaan tahun baru 2018 ni, macam biasalah saya akan start menulis beberapa entri baru.

Kadang-kadang nak menulis tu bukan sebab idea tak ada.

Tapi MALAS…

Ya, dulu lagi saya dah ceritakan bukan senang nak tulis blog dengan konsisten. Salah satu perkara yang sendiri kena hadap ialah sikap malas. So saya pun tak terkecuali.

Ramai yang cari jalan cara buat duit dengan blog. Tapi tak ramai yang ada disiplin dan kesungguhan.

Sepanjang tempoh bermalasan tu, apa jer yang saya buat untuk kekal productif dan inovatif? Pehhhh

  1. Saya baca buku panduan Rahsia Solat.

    Indahnya bila mana bukan saja bisnes dan hubungan manusia yang perlu kita sentiasa jaga. Tapi hubungan dengan tuhan juga wajib dipelihara sebaik-baiknya.

    Cuba korang dengar azan.

    Haiya’ala sollah, Haiya’alal falah.

    Jadi solatlah dulu supaya kejayaan akan datang.

    Panduan Rahsia Solat bagus kalau korang nak tambah pedoman. Sila baca

  2. Pasang beberapa plugin pada blog ni.

    Antara plugin baru yang saya pasang ialah plugin premium SEO.

    Ya kalau blogger yang otai, tak perlukan pun plugin SEO tu semua. Tulis je dua tiga patah terus dah boleh rank.

    Bagi orang yang baru belajar menaip macam saya ni, plugin SEO ni banyak membantu sebenarnya dalam optimasikan artikel pada search engine.

    Terbaru saya gunakan Plugin SEO Pressor. Yang ni berbayar, so kena keluar duit sikit, tapi berbaloi.

    Untuk yang biasa tapi masih berbisa boleh gunakan plugin Yeoast SEO. Memang popular sangatlah sebab kebanyakan blog wordpress gunakannya. Untuk optimize blog anda, boleh cuba.

    Kenapa SEO penting untuk sebuah blog? Anda boleh baca dekat sini.

  3. Dalami seni pemasaran AdWords

    Ya pemasaran AdWords memang seronok.

    Best! Sebab bila anda tahu strateginya, pelanggan sendiri yang serah diri dan cari anda siang malam. Haha

    Sebelum ni pun saya dan isteri ada hasilkan satu produk untuk niche kesihatan. Fully menggunakan strategi AdWords dan SEO.

    Hasilnya sekarang, stok habis..yilek! Kena tunggu kilang siapkan stok yang baru. Ya dah dua bulan tunggu belum sampai-sampai lagi.

    Ada masalah sikit masa nak renew dulu. Terpaksa tukar kilang.

    Inilah salah satu cabaran bagi produk owner. Pada yang nak jadi founder ke hape, korang kena bersedia apabila segala RAW Material tetiba mencanak naik harganya.

    Masa tu banyak pengiraan untung rugi yang kena buat. Kalau salah percaturan, duit boleh hilang begitu sahaja terutama pada founder baru yang keluarkan produk baru.

    Jaga-jaga, marketing kena pandai. Maklum saja produk baru bukan senang nak ada dekat hati rakyat marhaen diluar sana.

    Nasihat saya, cipta funnel untuk bisnes anda sebaik mungkin. Tonton video yang saya buat, semua dah saya kongsikan.

    Take it or leave it.

    Jika tidak, stok akan jadi penyendal pintu saja.

    Saya syorkan belajar ilmu pemasaran yang betul. Lepas tu amalkan.

    Nak belajar FBAds boleh join sini.

    Nak beajar SEO boleh tanya saya. haha

    Nak belajar AdWords, boleh refer sini.

Satu bulan terakhir sebelum sambutan tahun baru, saya juga dah siapkan beberapa website jualan. Yang ni untuk bisnes orang rumah saya.

Dia ada JV dengan salah sorang stokis untuk jual ubat minda bagi kanak-kanak. Bagus sebab boleh jadi lebih bijak.

Korang yang dah dewasa pun boleh try makan.

Ya, saya pun makan asbab mahu sel-sel otak berhubung.

Boleh jadi Genius dan lebih laju menulis.

Korang boleh tengok website jualan yang saya buat dekat sini.

Website tu belum optimize habis. Buat masa sekarang, belum buat lagi pemasaran AdWords sebab masih mengkaji beberapa aspek dan pesaing. Soon inshaallah

Kalau  berminat nak hasilkan sendiri laman jualan atau landing page yang lawa dan mudah convert jualan, boleh tengok saya bebel dekat page ni.

Bulan Oktober 2017 yang lepas juga buat pertama kali dengan jayanya saya beli barang online dekat 11 streets.

Selalunya saya hanya akan cari barang di Lazada. Kali ni tukar selera pula.

Dan saya sendiri terkejut sebenarnya sebab itu adalah kali pertama saya spend duit dekat 11 streets dengan amount yang agak besar, lebih dari seribu ringgit.

Bayangkan

Kali pertama shopping online guna 11 streets. Baru je buka akaun sebagai pelanngan.

Malam tu terus buat belian yang bernilai ribuan ringgit.

Beli smartphone!

Beli smartphone di 11 streets

Kenapa saya beli dekat 11 streets dan bukan kedai henset dekat Alam Sentral?

Dengan seller mana saya beli tu sebab tak sampai 48 jam barang dah sampai dan original?

Kalau ada masa saya akan ceritakan kemudian dalam entri yang lain.  😆

 

Selamat tahun baru 2018. 

Saya doakan anda yang membaca blog post ini akan kekal tabah dan kuat.

PS: Sila minum Milo untuk bekalkan tenaga dan jadi strongest man. Banyakkan makan sayur, dan kurangkan manisan.

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

4 comments
Anuar says January 5, 2018

Selamat Tahun baru 2018… Semoga lebih berjaya berbanding tahun-tahun sebelumnya…
Anuar recently posted…Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. netMy Profile

Reply
    Dukenaim says January 5, 2018

    T. Kasih tuan. Semoga sama-sama lebih berjaya! 😉

    Reply
En kamarul says January 5, 2018

Bila nak kerjasama projek kurus ? Lama pakcik tunggu nie.

Reply
    Dukenaim says January 5, 2018

    Alamak haha. Niche weight loss ni sensetip betul kalau dekat FB abam. Dah try sehalus mungkin sikit lagi nak kena flag haha.

    Reply
Add Your Reply