Pernah guna servis ADVERTORIAL? Berkesan lagi ke sekarang?

Berkesankah servis advertorial sekarang pada perniagaan?

Jika korang sedang mencari atau nak tahu lanjut apa itu servis advertorial, bagus ke tak untuk branding & marketing, luangkan 5 minit masa untuk baca kupasan ringkas ini.

Selain menggunakan servis iklan berbayar seperti facebook ads, bing ads atau google adwords untuk mempromosi produk, usahawan online juga boleh gunakan alternative lain seperti Servis Advertorial daripada penulis blog.

Servis Advertorial – Perkhidmatan Penulisan Review Pada Blog





Sebenarnya cara ini memang dah lama ada. Ramai usahawan online mahupun offline telah menggunakan khidmat pengiklanan cara ini untuk memasarkan produk mereka dan mampu buat untung.

Apa itu Advertorial?

Biasanya diorang ni akan mengupah penulis blog untuk menulis sebuah artikel khas yang berkaitan tentang produk sebagai salah satu review dalam artikel blog tu untuk di terbitkan.



Tapi kaedah penulisan seperti ini tak semua orang mampu lakukan.

Contoh advertorial dalam majalah

Ya bukan boleh main hentam kromo dan biasa-biasa jer. Kena ada skill dan seni.

Antaranya mestilah mempunyai beberapa ciri-ciri seperti:

  1. Blogger yang mahir SEO – contoh pandai menyusun keyword
  2. Blog yang sudah enstablish – senang cerita traffik tinggi dan popular
  3. Pengisian dan struktur susun ayat  yang mudah difahami oleh pelawat blog & information seeker
  4. Tidak menggunakan jargon atau ayat yang sukar dibaca dan mengelirukan
  5. Jujur dan penuh dengan informasi dalam penghasilan artikel

Kebiasaannya, advertorial pada sebuah blog dibuat bertujuan mempromosikan sesebuah jenama, produk atau servis.

So korang mesti selalu je nampak artikel-artikel berkaitan sesebuah produk di blog semasa melayari internet bukan?

Trend di Malaysia, blogger selalunya akan menulis review khas tentang sebuah produk yang baru sahaja dikeluarkan oleh pemilik produk. Contohnya seperti produk kecantikan, produk slimming dan kesihatan.

Ada banyak lagi jenis advertorial produk ni. Ada juga yang menulis review tentang gadget, smartphone dan lain-lain. Bergantung pada kemahuan penganjur.

Sebenarnya cara ini sangat bagus dan bijak!

Ya orang bijak akan gunakan kaedah ini. Dan mereka perlu mencari golongan yang bijak pandai untuk menulis. Sebab dari tulisan boleh buat duit.

Ini kerana artikel yang diterbitkan pada blog tersebut boleh jadi akan disenaraikan dalam carian google.

Bagi sebuah penulisan atau artikel itu muncul pada browser korang, bab ini bergantung pada kemahiran penulis blog tersebut bermain dengan keyword dan konten yang releven.

Selalunya penulis review akan berkongsi tentang tips penjagaan, amalan-amalan yang berguna, petua serta cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah, dan kemudiannya akan mula memperkenalkan sesuatu jenama atau produk.

Dekat sini kemahiran SEO adalah paling mustahak dan di ikuti dengan populariti sesebuah blog tersebut. Itu memang bonus!

Kena upah orang buat Advertorial ke?

Ya dan Tak.

Bergantung.

Kalau korang adalah seorang penulis blog yang mempunyai traffik serta populariti blog yang bagus dan digemari oleh google. Boleh cuba menulis advertorial sendiri, percuma.

Namun bagi mereka yang tidak mempunyai blog atau baru mengenal dunia blog (macam saya), pilihan terbaik adalah mengupah penulis atau servis advertorial.

Bayangkan,

Selalunya bila orang nak membeli sesuatu produk. Mereka tidak akan terus membeli tanpa mengetahui sumber dan informasi berkaitan produk tersebut terlebih dahulu.

Lebih-lebih lagi kalau melibatkan jumlah duit yang besar untuk berbelanja.

Hanya selepas benar-benar yakin dan mendapat info yang cukup, padat dan solid barulah mereka akan buat keputusan untuk membeli.

Penulisan artikel review (advertorial) untuk sesuatu produk yang bagus akan menjentik hati dan emosi orang yang sedang membaca. Hasil dari bacaan, sekaligus membuat mereka berfikir lalu bertindak membuat keputusan.

Maksudnya, nak bagi diorang yakin dan bertindak tu, setiap baris ayat wajib buat mereka faham.
Boleh jadi mereka terus membeli dari pautan yang terdapat pada halaman blog tersebut atau terus menghubungi pada pemilik produk.

Bagi saya, kaedah promosi seperti ini amat bagus dan tak patut di pandang remeh oleh para usahawan, terutama kepada mereka yang baru dalam industri.

Sebenarnya bukan mudah untuk buat duit di internet sebab persaingan sekarang kan semakin tinggi.

Ramai peniaga dan pemilik-pemilik produk baru yang muncul setiap hari.

Akibat kekurangan modal idea dan pengetahuan tentang pemasaran, di khuatiri terjadinya lambakan produk yang tak terjual.

Sebab itu wujudnya kaedah advertorial macam ni untuk bantu mempromosikan dan melariskan jualan produk diorang.

Saya masih ingat ketika bekerja di sebuah bank pada satu ketika dahulu.

Salah seorang marketing manager mengupah blogger untuk membuat review berkaitan produk bank yang baru saja dilancarkan.

Walaupun pihak bank sendiri mempunyai bajet khusus untuk promosi, tetapi ada beberapa faktor lain yang mungkin di ambil kira contohnya seperti ingin masyarakat biasa mengenali dengan lebih terperinci tentang sesuatu produk dari individu atau orang perseorangan sebelum mereka mendapatkannya.

Kenapa Tak Gunakan Medium Pengiklanan Facebook Atau Google?

Okay…

Korang sebenarnya boleh je kalau nak gunakan medium iklan seperti fbads atau google adwords jika mempunyai budget yang lebih atau yang sudah ditetapkan.

Kos Fbads semakin mahal

Namun hari ini, ia bukanlah perkara yang mudah sekiranya tidak mempunyai ilmu dan tak mahir dalam menguruskan akaun pengiklanan berbayar tersebut.

Banyak juga kisah yang terbakar duit kalau tak betul caranya.

Tambahan pula sekarang ni ramai yang jadikan media sosial facebook sebagai tempat berjual beli. Semakin ramai yang mula berbisnes.

Jika dulu sebuah  fanpage mampu mempunyai reach audience yang tinggi, namun hari ini asbab penukaran algorithm yang dilakukan oleh engineer facebook, ramai pemain-pemain FBAds sekarang berdepan dengan situasi yang sukar.

Saya juga tak terkecuali.

Pada tahun 2015 dulu, saya pernah membayar RM600++ facebook ads untuk sehari pengiklanan tanpa berjaya menjual walau satu produk.

Walaupun sering menyertai seminar dan kelas anjuran sifu-sifu marketing, ada banyak lagi perkara yang mungkin boleh terlepas pandang.

Sebab itu sangat disarankan untuk menuntut ilmu dan taktik yang berkesan dari guru yang boleh dipercayai dalam pemasaran facebook.

Sama hal-nya dengan Cara Pengiklanan Google Adwords. Walaupun kos iklan tak terlalu mahal dan masih boleh kawal, kesilapan kecil akan buat pulangan korang rosak.

Jika nak belajar berkaitan cara buat iklan google adwords, baca dulu entri saya disini.

Buat Sekali, Untung Berkali-kali?

Advertorial sebenarnya ibarat kaedah pemasaran set and forget. 

Boleh jadi dengan satu artikel konten yang padu mampu alirkan hasil yang berterusan dalam tempoh masa yang panjang. Serious!

Ada ramai owner produk kat luar sana yang mengupah blogger untuk membuat advertorial. Malah korang boleh membayar seberapa ramai blogger untuk menulis artikel review tentang produk korang tu. Hehe 😀

Artikel-artikel ini akan wujud walaupun sehingga 10 tahun akan datang, selagi ada carian dari google dan pengguna internet serta selagi blog tersebut masih dikawal selia.

Selalunya pihak blogger sudah sedia maklum benda ni. So diorang akan pastikan blog mereka sentiasa aktif. Blog bukan lagi macam zaman purba dulu, tulis buat diary dan simpan. Sekarang kebanyakan penulis blog menjadikan blog sebagai kerjaya.

Ya blog boleh buat duit contohnya dengan menulis advertorial yang berkualiti selain dari perkhidmatan lain.

Berbalik semula pada entri asal artikel ni.

Jika usahawan online yang baru nak perkenalkan produk,

Cara termudah adalah dengan mengambil khidmat Advertorial dari rakan blogger yang dikenali atau yang disarankan oleh mereka yang pernah ambil servis darinya.

Kos untuk sebuah advertorial tidaklah mahal. Tak perlu bayar setiap bulan dan tahun.

Tapi ada juga kes terpencil, boleh jadi kosnya agak tinggi bergantung pada kualiti, demand, kredibiliti penulis dan rank sesebuah blog tersebut di internet.

Usahawan produk sebenarnya beruntung jika menggunakan servis advertorial ini.

Lebih-lebih lagi jika dapat mengupah blog owner yang mempunyai ranking blog yang bagus dan traffik tinggi.

Selalunya kos untuk satu review adalah sekitar RM200 hingga RM500 bergantung pada jenis dan konsep penulisan atau permintaan dari pemilik produk.

Ada juga yang sanggup membayar seorang blogger atau mengupah blog-blog viral dengan bayaran yang tinggi kerana yakin hasil dari artikel tersebut akan mendatangkan traffik pada halaman jualan dan secara tak lansung melariskan produk.

Dalam dunia internet, penulisan yang baik dengan konten yang berkualiti dapat meningkatkan kepercayaan pembaca. Sebab itu setiap perkataan ada nilainya tersendiri. Malah hari ini wujud penulis-penulis baru, ghost writer, dan jutawan perkataan.

Saya masih ingat pesan seorang guru,

Setiap perkataan mempunyai nilai mata wang yang berbeza-beza

Jadi jika tulisan advertorial samada pada blog atau medium bercetak lain, bijak memilih perkataan yang tepat, sudah pasti akan menarik lebih ramai pembaca. Ya boleh viral!

Cuba korang bayangkan.

Selagi artikel review berkaitan produk tersebut ada di halaman blog, ada carian internet, ditambah pula dengan carian aktif dari pengguna internet, sudah semestinya produk korang akan lebih dikenali dan berpotensi menghasilkan jualan.

So kalau saya cakap ia sangat murah dan berpatutan untuk tempoh jangka masa yang panjang, memang BETUL kan?

Siapakah yang patut menggunakan perkhidmatan penulisan review di blog?

  • Pemilik produk yang baru atau lama yang ingin kekal dalam industri
  • Usahawan yang tidak mahu terbakar duit untuk pengiklanan gergasi seperti sewa billboard, televisyen atau radio
  • Usahawan yang tak mahir pengiklanan berbayar popular seperti facebook ads dan google adwords
  • Mereka yang mahu produk, servis, hasil seni dikenali di seluruh jaringan google
  • Mereka yang tak cukup bajet ribuan ringgit

Kesimpulan

Khidmat penulisan review atau servis advertorial ini sedikit sebanyak mampu berikan impak tinggi pada end user dan pembaca yang dahagakan informasi.

Kepada pemilik produk, ia merupakan salah satu kaedah pemasaran yang halus dan sangat berkesan untuk tempoh jangka masa panjang.

Jadi tak rugi kalau korang pun seorang pengusaha produk atau pemilik peniagaan, nak gunakan servis advertorial untuk memajukan lagi perniagaan.

Ya tak kisah…

Walaupun korang jual ABC depan rumah.

Walaupun korang bukak warung seminggu sekali.

Walaupun korang jual Karipap Gergasi dekat depan GM Klang.

Terima kasih sebab baca artikel ini.

PS: Dalam perniagaan, orang kata siapa ada wang dia akan menang.

PSS: Tapi, ada wang tanpa ilmu pun tak jadi juga. Kita perlukan ilmu untuk menggandakan wang, sebab boleh jadi tanpa ilmu, wang tersebut akan licin dan hilang.

 

1,123 total views, 1 views today

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

8 comments
zara says January 18, 2018

untunglah banyak sangat cara nak jana income
zara recently posted…Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering Secara SemulajadiMy Profile

Reply
    Dukenaim says January 18, 2018

    Memang banyak sampai kadang-kadang orang tak tahu nak pilih yang mana satu hehe:D

    Reply
Mama Hakim says January 18, 2018

Kalau betul cara promosi pakai review blog memang boleh beri kesan jangka panjang. Orang masih pakai google sampai sekarang
Mama Hakim recently posted…Cara memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita!My Profile

Reply
    Dukenaim says January 18, 2018

    Lepas ni boleh bagi Mama Hakim review produk kami pulak hehe 😀

    Rugi siapa tak pakai pengaruh iklan dari google ni. Orang duk ingat paid ads macam fbads jer, rugi la.

    Reply
zik says January 18, 2018

terbaik boss… advertorial memang masih relevan,, pernah dapat, tapi kita pun hentam jerla.. mungkin sebab bayaran pun agak sikit…tapi kira pun main redah jerla..apepun pelanggan berpuas hati.. walaupun agak caca merba dari segi susunan ayat atau mix bahasa, bahasa pasarla lebih kurang.. kalau yang company besar2 tuh ,, kena meeting dengan team dia dulu.. macam mana dari a sampai z.. ada banyak guideline yang kita kena ikut.. lebih kurang sop lah.. kalau dengan cust biasa2 kita boleh consider lagi.. yang besar2 nih …. mungkin ada banyak pantang larang dia, tapi kalau dah dapat job tuh banyak kali, rasanya takda masalah, yang jarang2 nihlah, duk kekok jer.. terima kasih untuk tips kali ini..
zik recently posted…Pra Analisis Malaysia vs korea selatan piala afc u23 20.1.2018  My Profile

Reply
    Dukenaim says January 18, 2018

    Pehhh, itu sudah bagus.Didoakan sentiasa masyukkk dan dapat job job besau lepas ni. Hehe

    Reply
Hans says February 15, 2018

Bagi saya masih berkesan dan relevan 🙂
Hans recently posted…Ubat CacingMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 16, 2018

    Yup betul Hans. Memang berkesan dan sangat berpengaruh!

    Reply
Add Your Reply