Menulis Blog Yang Baik Tak Semudah Menonton Anime.

menulis blog yang baik tak semudah menonton anime

Kalau orang kata tulis blog itu senang, tu semua cerita nak sedapkan telinga korang saja. Ya, menulis blog yang  baik tak semudah menonton anime kegemaran anda.

Walaupun sekarang ni dah bergelar bapa budak, tapi memang seronok bila dapat tonton Anime. Bukan sebab tak mature, tapi itu kan salah satu hiburan…

Memang best dan feel siap boleh hilang tension kadang-kadang.

Selalunya bila dah boring tak ada aktiviti nak buat, memang akan masuk bilik TV dan layan Anime dekat sini.

Tapi sekarang, saya lebih suka tonton terus dari kodi sebab banyak sumber yang best-best. Tapi saya tak galakkan anda tiru, takut satu kerja pun tak jadi sebab ashik layan kodi dan terperap tengok rancangan kegemaran.

Senang cerita boleh ketagih, kalah orang hisap candu.

Bukan Mudah Nak Menulis Blog Yang Baik

Nak belajar buat blog, itu benda senang. Semua orang boleh buat.

Tapi nak menulis…

Ada orang memang berbakat besar dalam bidang penulisan. Ada yang jenis tengok sekeliling sahaja, tengah drive balik kampung pun idea menulis blog datang mencurah-curah.

Ada juga kategori orang yang duk peram idea menulis sesuatu cerita sampai dah lupa kat mana mereka simpan nota-nota idea. Ni kategori old school tulis atas paper dulu…

Sekarang zaman teknologi, smartphone canggih dan boleh selit nota. Yang pakai iphone 7, pakai Samsung S7 edge pun… beli sebab suka selfie lepastu upload photo dalam instagram.  So bila dah bercampur gaul dengan media sosial, idea dan nota kemana hilang pun tak tahu, walhal dah terperuk lama dalam notes.

Sebab tu ramai yang bercita-cita nak tulis blog dan buat artikel tak kesampaian. Tak fokus, macam saya juga. Eh..

Sekali lagi…menulis blog artikel yang baik bukan mudah.

Tapi jangan risau kerana sekarang ada banyak panduan untuk orang yang baru nak berkecimpung dalam dunia blogging ni.

Walaupun rujukan berlambak boleh dapat, tapi tahap kerajinan dan part usaha tu kena baiki sikit. Mahu atau tak, harus banyakkan membaca dan berani untuk menulis.

Tapi

Kadang-kadang yang jadi kes terbantut tu ada juga sebab daripada beberapa faktor. Contohnya

1) Kerja bertimbun dekat opis

2) Anak ajak teman main

3) Isteri atau suami perlu lebih perhatian

4) Cerita anime beratus episod sayang nak tinggal

5) Lambat dapat duit

6) Tak seronok bila menulis sebab terikut-ikut cakap orang

7) Jiran rumah selalu buat kenduri

8) Malas

9) ……banyak lagi yang anda boleh fikir

Tapi kalau ada semangat membara, buat saja dan cuba.

Baru boleh tahu potensi diri. Sekurang-kurangnya boleh asah bakat untuk menulis. Paling teruk pun, blog tu nanti jadi diari saja. Tapi harap-harap tidak lah macam tu.

Tapi kalau tak tahu cara bina blog macam mana,

Anda boleh download disini–> Panduan Membina Blog Sendiri

 

“Bagaimana nak mula menulis dalam blog?”

Kalau anda tanya saya, ini jawapan jujur…

Tulis lah apa sahaja yang anda suka asalkan bermanfaat.

Simple!

Start sekarang dan carry on.

Ya cakap memang lawa, manis macam ada tebu tanam kat tepi bibir.

Hakikatnya ramai orang termasuk saya sendiri kadang-kadang berkira-kira nak terbitkan sebuah artikel dalam blog.

Kenapa jadi macam tu?

 

Banyak orang yang terlalu memikirkan isu terlalu besar, yang terlalu sensasi kalau boleh nak canang satu dunia dan berlatih siang malam hasilkan artikel semata-mata nak kongsi cerita hot dan isu-isu hangit yang ada sekarang.

Saya pernah ada pemikiran macam ni.

Sewa hosting, beli domain kemudian pelan-pelan belajar bina website blog. Tengok Youtube, geledah google, baca forum. Banyak yang tak jadi daripada jadi.

Lepas tu setiap hari fikir nak tulis artikel yang gempak tahap super saiya.

Berangan nak kongsi tutorial buat itu ini dan harapan nak buat sebuah artikel yang kononnya jadi viral…

….Tapi akhirnya, 2 tahun peram idea, sampai dah kepam modal perkataan yang nak pakai. Sia-sia.

Menulis blog yang baik tak semestinya anda kena tulis isu yang besar semata-mata.

Benda kecik pun boleh jadi interesting.

Ketahui juga rahsia buat duit melalui blog

 

Anda tak perlu cerita perkara yang anda tak tahu, tak perlu juga tulis cerita masalah anak perdana menteri Zimbabwe dengan harapan artiel anda viral satu dunia.

Tulis Apa Yang Kita Tahu Dan Minat.

Kalau anda minat bisnes, tulis tentang bisnes yang sedang anda buat dan pengalaman bisnes anda bersama pasangan atau pasukan.

Anda boleh menulis panduan untuk belajar berniaga di internet, panduan untuk orang mencari pembekal dan cara menjual di media social.

Kalau anda suka bercuti, tulis panduan tentang percutian yang menarik. Hotel apa yang murah dan bagus untuk bermalam.

Tempat makan yang mana bersih dan tak banyak lalat. Gadis resort mana yang anda kerap usha dan lain-lain.

Ringkasnya, selain belajar buat blog anda bertanggugjawab jadikan setiap artikel yang anda tulis dalam blog tersebut menarik.

Tapi menarik saja tidak cukup.

Ibarat makan ulam tapi tak ada sambal belacan dan tempoyak.

Kita tengok otai-otai blogger yang ada. Macam mana mereka mengolah cerita sampai kita rasa seronok nak baca.

So…

Macam Mana Nak Menulis Blog Yang Baik?

Kuncinya disini ialah:

Penulisan yang baik + bermanfaat.

Saya sendiri masih belajar bab ini. Baru juga perasan yang artikel blog yang baik adalah yang beri manfaat kepada pembaca.

Sebagai contoh.

Katakan anda suka tonton siri anime, atau suka tonton drama melayu.

Anda boleh menulis artikel berkaitan dengan rancangan TV kegemaran anda.

Selain berkongsi tentang sinopsis cerita, anda boleh beritahu pelawat blog anda bagaimana untuk menonton rancangan-rancangan kegemaran cara alternative sekiranya mereka terlepas waktu siaran perdana.

Kalau anda keluar berjalan-jalan pula, kemudian singgah restoran makanan yang sedap-sedap, siap ada pelayan yang mesra dan jelita, anda boleh kongsi dan tulis dalam artikel blog.

Sembanglah pasal makanan bukan benda lain. Boleh berkongsi lokasi macam mana nak datang ke restoran tu. Jam berapa ia beroperasi, dan kalau ada koordinat GPS pun lagi bagus.

Secara tak langsung, artikel blog anda dapat beri manfaat kepada pembaca.

Okeh. itu sahaja. 

Kesimpulan yang saya boleh buat, memang Menulis Blog Yang Baik Tak Semudah Menonton Anime kegemaran anda. 

 

 

 

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

26 comments
JebengOtai™ says February 8, 2017

menulis blog mmg bukan perkara mudah…ssh sbb nak maintain mmg payah..hehe
JebengOtai™ recently posted…Wordless Wednesday : Speed TestMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 8, 2017

    Bab nak maintain tu memang susah.
    Ikut daya tahan individu =)

    Reply
Syazrilhafiz.com says February 8, 2017

Betul…dah berbulan blog berhabuk…setebal 5 inci agak nye sbb nya kurangnya arus ombak.

Kne bayk membaca lg la..bru dpt rentak kot..

Harap sifu Duke Naim boleh share2 lg info2 yg gempak dan sulerb..

Thumb up sifu Duke Naim..

Reply
    Dukenaim says February 8, 2017

    Saya pun macam tu. Chill tenang dan layan cofee dulu. Esok2 ada la tu.

    Saya bukan sifu… saya budak baru belajar =)

    Reply
jiarizaira says February 8, 2017

Yups memang payah. Terutama bila idea tu nak diolah menjadi tulisan.

Reply
    Dukenaim says February 8, 2017

    Ya dah pernah rasa. Idea tak leh simpan lama-lama sebab nanti berkarat. Cuba ketengahkan inshaallah akan maju terus ke depan.

    Reply
ahmadyani says February 8, 2017

Salam. Kadang-kadang mereka yang mahir menulis pun, blognya ‘bersarang’. Menulis blog yang baik tidak mudah. Begitu juga menulis secara konsisten adalah tidak mudah.

Reply
    Dukenaim says February 8, 2017

    Wasalam. Ya Mungkin itu fasa naik turun dlm bidang penulisan diblog. Kering idea itu normal =)

    Reply
mrhanafi says February 12, 2017

kalau menulis blog..dapat kawan dan kenalan sesama blogger..

ada juga geng untuk bersembang ketika blogwalking

Reply
    Dukenaim says February 13, 2017

    Tu lah, betul! Baru macam ada feel dan semangat rasa nak tulis blog lepastu jejalan kat blog kengkawan =)

    Reply
sabree hussin says February 13, 2017

Nak tulis blog ni pun, kena ada some force yang boleh push kita untuk menulis. Setiap orang kena carilah apa dia perkara yang boleh naikkan motivasi untuk menulis tu.
sabree hussin recently posted…Perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Kamera TerpakaiMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 16, 2017

    Yup betul keyword kat sini perlu ada “motivasi” . Thanks tuan

    Reply
dedauncomel.com says February 16, 2017

Betul tu.. mula-mula ingatkkan mudah. Memang mudah bagi yang dah lama dalam dunia blog sebab mereka banyak ilmu dan blog dah kukuh. Bagi yang baru nak mula, tak senang macam tengok anime..

Tapi dengan kesabaran dan kecekalan serta latihan, pasti boleh menulis blog yang baik 🙂
dedauncomel.com recently posted…Paradoks Yang Membingungkan. Dan Maksud Paradoks.My Profile

Reply
azam says February 26, 2017

kata senang jadila senang, kata susah memangla susah la jadinya. saya hanya boleh kata menulis ini mencabar. jika nak banding tulis artikel dengan tulis buku haaa tulis artikel jauh lagi mudah. macam tula motivasi yang saya guna untuk perah otak menulis. macam bro cakap, tulis simple je pun boleh jadi artikel kan.
azam recently posted…Fungsi #hashtag power untuk apps instagramMy Profile

Reply
    Dukenaim says March 2, 2017

    waah…quote best ni! Betu2. Tulis buku lagi parah berbanding tulis artikel blog. Terbaik bro kata-kata semangat ni =)

    Reply
saps says March 1, 2017

bagi saya, antar aperkara sukar dalam menulis blog adalah konsistensi..

Reply
    Dukenaim says March 2, 2017

    yup betul. Bila penyakit ‘M’ datang, memang kelaut nak menulis blog haha

    Reply
zool says March 2, 2017

Betul tu.. nak tulis blog tak sesenang menonton anime..huhuhuh
macam tak kena perbandingan..
apapun dah lama tak layan anime onepiece ni..
zool recently posted…Bulan Mac, apa yang perlu ku lakukanMy Profile

Reply
    Dukenaim says March 3, 2017

    Memang tak kena haha. Saja nak tarik peminat2 anime balik, biasanya mereka ini suka berkarya

    Reply
reezluv says March 20, 2017

ada banyak rahsia nak tulis dengan best..banyakkan bersosial,banyak baca komik,baca novel pun boleh jadikan seseorang tu penulis blog yang best. apa yang penting apa yang ditulis tu tak bosan macam majalah dan cerpen..ahaha..
reezluv recently posted…Guna Tiny Invoice Untuk Bisnes Dari RumahMy Profile

Reply
    Dukenaim says March 26, 2017

    Ok ini best! Dah lama gak dok usha blog otai-otai contoh macam mohdfairiz.com ni hihi.
    Baca komik dan novel, pehhhh terbaik tips. Besok boleh geledah balik komik masa darjah 5 dulu he!he!

    Reply
Suriya Majid says April 5, 2017

betul tu tak semudah tonton anime. pada akak membaca sangat penting, barulah datang idea untuk entry blog. last layan anime sebelum kahwin. oh dah 10 tahun berlalu rupanya.
Suriya Majid recently posted…Pulihkan Kencing Manis Segera, Elak Buah Pinggang Rosak TerukMy Profile

Reply
    Dukenaim says April 7, 2017

    Tolong sedekah kat saya sikit kerajinan untuk membaca kak. Sedang tersangat malas mahu melihat huruf-huruf dan perkataan ni hehe. Skang ni layan Didi & Friends je dengan anak pun dah bagus =)

    Reply
Noriza Abdul Rahman says April 17, 2017

Betul sangat tu. Menulis sesiapa pun boleh tetapi nak menulis dengan baik tu memerlukan pembacaan dan konsisten dalam penulisa, baru dapat rentak dan ritma yang bagus

Reply
    Dukenaim says April 17, 2017

    tulah, menulis ni macam seni gak. Kekadang macam lagu, kena ada irama dan melodi baru boleh menari-nari tulisan tu bila ditulis.

    Reply
Add Your Reply

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor