Reveal: Case Study Cara Buat Jualan (online) Produk Fizikal & Kaut RM1000 Dalam 24 Jam!



AMARAN: Kes study ini dalam bentuk video. Make sure anda tonton sampai habis sebab ia sarat dengan rahsia dan strategi bisnes internet yang tersorok dalam perut Bumi. Akses video ini sekarang!

Kos Tukar Screen Ipad Bukan Murah, Tapi Disini Memang Berbaloi!

Ya memang tak ada benda yang murah dalam dunia ni sekarang lebih-lebih lagi bila melibatkan proses baik pulih ataupun servis termasuklah kos nak baiki & tukar screen ipad yang pecah.

Kos Tukar Screen Ipad

Pada yang tak tahu, jangan marah sebab saya tak cerita fasal kos tukar screen tablet Samsung atau tukar screen televisyen rumah korang yang dah retak gara-gara dikerjakan anak tu. Bukan taknak cerita, tapi sebab tak ada pengalaman lagi benda-benda tu semua berlaku.

Yang pecah sekarang ialah Ipad kesayangan saya ni.

So keep calm dan baca bagaimana ipad jaguh sejak 2012 ni akhirnya tewas pada tahun 2107. Eh lama tu bertahan.

Pengalaman Tukar Screen Ipad Pecah Kali Pertama.

Sebenarnya, ini kali pertama ipad 2 ni pecah. Disebabkan kecuaian anak saya, tah macam mana boleh dia tak perasan sampai terpijak ipad tu, akibatkan touch screen glass pada ipad tersebut retak, pecah!

Ya sama retak macam hati ni. Aduh…

Saya ni jenis tak boleh lihat barang dan harta rosak. Tak duduk diam juga bila difikirkan. Ya lah, dah macam-macam tweaks dibuat pada Ipad 2 tersebut, termasuklah mengekalkan status jailbreak yang jadi kegilaan pengguna-pengguna produk Apple gen Y.

Sebelum tu juga saya dah tanam siap-siap game FIFA2016 full version pada Ipad tu. Hilang feel nak gaming bila tengok screen dah ranap.

Pada hari Sabtu minggu kedua yang lepas, saya tekad nak hantar ipad ni dibaiki.

Pada mulanya nak baiki saja sendiri. Tapi lepas timbal balik, dengan hanya berbekal ilmu seciput dari Youtube, nampaknya hajat tak diteruskan. Lebih rela hantar pada yang pakar untuk setelkan. Kalau tak memang jahanam dikerjakan.

So, sebelum jumpa kedai yang betul-betul boleh baiki screen ipad yang pecah ni, saya buat sedikit survey. Kenapa saya buat macam ni? Sebab ada kes dimana ada rakan yang kena tipu hidup-hidup kos baiki dan tukar spare part ni cecah RM1000. Gila lah, tak tahu sahih atau tidak ceritanya.

Okeh Ini maklumat yang korang perlukan bila nak baiki sesuatu gadget:

1. Utamakan lokasi kedai baik pulih yang berdekatan.

Lokasi ni penting, sebab kalau dekat lebih mudah dan jimat. Kalau jauh, boleh terkoyak poket, terbakar tol dan macam-macam lagi.

2. Tahu harga sebelum dibaiki & jenis kerosakan.

Of coz, anda kena tanya berapa harga dan upah kalau nak baiki gadget yang rosak ni. Tapi sebelum tu, anda kena kenal pasti dulu jenis kerosakan yang bagaimana telah jadi. Contoh macam saya rosak, pecah screen glass Ipad 2.

Pada permulaan, saya fikir LCD yang pecah, jadi kena tukar LCD. Tapi selepas buat beberapa kaji selidik, tanya gugel dan tengok Youtube, baru tahu yang kerosakan ini sangat minor dan tak perlu belanja terlalu mahal.

3. Bandingkan harga.

Zaman serba serbi mahal skang ni kan, cekodok pun boleh jatuh RM1 sebiji. Jadi penting utuk bandingkan harga macam Trivago Hotel tu dulu. Bila dah jumpa yang murah, kena semak pula lokasi, jarak, kos-kos lain macam tempoh perjalanan, duit tol, duit parking, daan duit belanja anak-anak jika anda rancang nak bawa satu famili.

4. Lihat social proof

Kita tak nak gadget atau apa saja personal item kita diserahkan pada orang sembarangan. Bila dah bertukar tangan kelak macam-macam boleh jadi.

Oleh itu, buatlah sedikit carian. Kalau kedai tersebut ada website, laman sosial macam facebook, Instagram dan blog, elok spend sikit masa terjah dan lihat aktiviti mereka.

Desclaimer: Ini kaedah saya. Tak ada betul dan tak ada salah. Yang penting, perancangan yang baik dan teratur bukan saja dapat hasil yang berkualiti, tapi juga boleh jimatkan duit dalam akaun.

Baiki Ipad & Gadget Anda Pada Harga Murah Tapi Berkualiti.

Nak dapat murah lepastu berkualiti memang payah. Macam nak repair ipad ni juga. Pada permulaannya saya ada hubungi pihak I2fix. Salah sebuah syarikat yang jalankan khidmat membaiki gadget seperti ipad.

Harga termasuk upah untuk tukar screen ipad yang pecah agak mahal. Lebih kurang RM2++ ke atas.

Syarikat kedua yang saya hubungi seterusnya ialah ideviceFix yang berpengkalan di PJ. Harga yang ditawarkan juga sebenarnya lebih kurang sama RM2++ . Ya agak mahal dengan kes minor seperti ini.

Mungkin kos tersebut termasuk lain-lain seperti kos letrik, pekerja, servis, sewa dan sebagainya. Sebab tu agak mahal. Standard la kan.

Sebenarnya kos bahan mentah boleh didapati dengan sangat murah serendah RM30-70 sahaja. Ini yang saya dapati daripada suplier saya sendiri. Mungkin bila dah tahu harga barang macam tu yang buat saya rasa mahal bila nak hantar repair. So elakkan dari anda tahu harga barang mentah hahaha.

Kawan saya ada beritahu, untuk baiki kerosakan atau screen ipad yang pecah ni, tak lebih RM150 pun. Malah boleh dapat harga lebih murah sekitar RM90-120 bagi jenis kerosakan macam yang dialami oleh Ipad 2 saya ni.

Owh serius terkejut juga. Tapi malangnya lokasinya agak jauh di KL. Tengah-tengah bandar pula tu. Jarak dari Klang ke sana bila dicampur trafik jem akan cecah 2 jam pada hari biasa. Cancel bubbye…

Sehinggalah akhirnya saya jumpa satu kedai dekat Shah Alam. Nama kedai tu simple je, Shahklang Gadget.

tukar screen ipad yang pecah

Owner Melayu. Tukang kerja pun Melayu. Eh nama kedai pun Melayu. Power anak Melayu boleh buka bisnes repair gadget macam ni setara dengan bangsa lain. Saya respek! Ya la bidang ni biasanya dimonopoli oleh bangsa cina kat negara kita ni kan.

So tanpa buang masa, saya direct whatsapp nombor phone kedai tu. Nak call tak dapat, mungkin nomor broadband agaknya.

Lepas bertubi-tubi soalan yang saya tanya dijawab oleh mereka, akhirnya saya buat keputusan untuk hantar Ipad masuk ‘bengkel’ kat sana je. Klang ke Shah Alam tak jauh, memang jiran dekat sahaja.

Kos yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan, cuma serendah RM110 saja. Kira Okay lah tu, lagipun dekat, dan boleh tengok live macam mana diorang baiki.

Kualiti alat ganti juga tak mengecewakan. Sama saja macam yang original.

Senang citer, akhirnya Ipad ni bernafas semula. Lega sebab boleh main game semula.

Sebenarnya jika kita tahu asas sedikit sebanyak fasal baik pulih gadget ni adalah satu kelebihan juga. Dulu saya pernah kerja kedai telefen bimbit. Adalah juga belajar sikit-sikit cara-cara nak baiki phone. Tapi tu sebelum zaman telefon pintar lahir.

Tapi sekiranya anda minat nak belajar asas bagaimana nak baiki phone, adalah amat digalakkan untuk belajar dalam kelas atau pergi khusus. Cari orang yang betul-betul mahir dan boleh mengajar.

Ilmu macam ni bagi saya amat menguntungkan. Selain ada skill dan kemahiran, ia dapat bantu individu kembangkan kemahiran kepada bidang bisnes. kalau tak nak bukak kedai pun, boleh buat kelas ajar student yang berminat nak repair gadget, dan dapatkan yuran. Boom! Dah jadi sumber income part time.

Selalunya yuran jalani kursus membaik pulih gadget adalah sekitar RM600-RM1000 bergantung pada pakej. Balajar basic-basic pun dah berbaloi malah boleh buat duit sekiranya anda minat kepada perniagaan.

Antara kelas basic yang kebanyakan orang belajar:

1) Masalah Mic – Orang tak degar suara kita

2) Masalah Speaker – Tak dengar suara pemanggil

3) Masalah buzzer – Tiada nada dering

4) Masalah tak boleh nak cas

5) Terlupa lock code

6) Hard format

Untuk yang lebih advance, yurannya pasti juga lebih mahal. Bagi saya ia satu pelaburan yang sangat berbaloi kalau nak dibandingkan dengan hasil kelak.

Di Shah Alam, Plaza Alam Sentral ramai juga belia dan anak muda mengikuti kursus membaik pulih telefon. Kalau anda dekat, cubalah riki-riki mana tau nak cari pengalaman lain pula lepas ni kan.

Yuran dan sesi kursus dalam kelas yang ditawarkan juga sangat menarik kerana ada diterapkan asas perniagaan sekali.

Antara modul:

-Asas perniagaan.
-Asas soldering.(pcb/komponen).
-Asas buka dan pasang hp ( servis/tukar/troubleshoot ).
-Penerangan ke supplier.
-asas penggunaan smd blower(buka pasang BGA ic/komponen/connector).
-penggunaan ultrasonic cleaner/power supply regulator.
-troubleshoot masalah on board(cant on & dll).

 

Peralatan asas yg diberi:
-Toolbox.
-Twisser.
-Flux.
-Multimeter.
-Berus.
-Boardholder.
-Toolset.
-Botol pencuci.
-Timah.
-Stick pemadam.
-PCB board.

 

Anda boleh cuba google syarikat MF IT & COMMUNICATION untuk info lanjut, inshaallah.

 

Harap bermanfaat.

 

PS: Untuk baiki gadget, anda perlukan skrew untuk buka dan ketatkan komponen. Bab perniagaan pula, kalau bisnes online anda gagal, cepat-cepat cari skrew yang betul dan ketatkan semula. Okeh babai!

 

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

24 comments
Khairul Zamri says April 12, 2017

Saya masih mengguna ipad mini 2 skrin pun ok xde masalah

Reply
    Dukenaim says April 13, 2017

    okeh kita geng. Ipad 2 legend nih. hehe sekarang tah ios berapa pun tak terkejar update. Remain dengan jailbroken kehkeh 🙂

    Reply
Jia rizaira says April 17, 2017

Bagus juga bro survey harga awal-awal. So tak senang kena tipu nnt. Dah macam org procurement pulak. haha

Reply
    Dukenaim says April 17, 2017

    Ya survey jangan tak survey kalau taknak kena tapau free-free jer kehkeh

    Reply
Ikhwan says April 18, 2017

Skrin pun kena pilih dengan baik, kalau tak jadi terlebih sensitif.

Reply
RAIHANAH AHMAD says April 20, 2017

jauh gak dengan saya yang kat gombak ni
RAIHANAH AHMAD recently posted…Luka Diabetes Bernanah Sembuh Dengan VivixMy Profile

Reply
Dedaun Comel says April 20, 2017

Kira murah juga eh.. Kawan saya nak repair screen phone dia nak cecah RM400. Itu pun bukan iphone dan bukan retak.

Sony dan screen dia ada bahagian tak boleh tekan.

Reply
    Dukenaim says May 3, 2017

    ada orang kata part iphone lebih murah berbanding jenama lain. Tapi entahlah tengok nasib juga mungkin haha

    Reply
nolie says July 7, 2017

kedai shahklang gadget ni dimana ye

Reply
Amirul says July 8, 2017

Kadang-kadang diorang ni menipu kos. Siapa yang tak tahu tu memang senang la tertipu

Reply
    Dukenaim says July 14, 2017

    Ya itu game yang biasa orang biasa kena. Nak taknak kena survey atau belajar juga bahan mentah part-part gadget ni. Tapi letih sikit la

    Reply
mamapipie says July 27, 2017

kat mana ye kedai ni. mama nak repair screen hp syafi yg retak akibat prank x menjadi dia haha
mamapipie recently posted…Wang Tak Dituntut – Tak perlu terburu-buruMy Profile

Reply
    Dukenaim says July 27, 2017

    Hi mama! kedai ni ada di shah alam. Plaza Alam Sentral Tingkat 3 tak silap saya.

    Reply
titan says August 9, 2017

aku kalau dah jumpa satu kedai yang aku suka, semua aku tukaq kat sana.

tak kiralah mahal ke murah.

haha
titan recently posted…The Super Collosal Big Fat Boss Baby.My Profile

Reply
    Dukenaim says August 10, 2017

    Ya betul tu Bro Titan, rasa lebih secure dan tak pening kepala nak tai chi lelebih haha.

    Reply
sabree hussin says August 24, 2017

Kat KL tu kedai mana yang murah? Aku pun ada plan nak tukar LCD screen mini ipad aku. dah rosak jugak ni
sabree hussin recently posted…Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hariMy Profile

Reply
    Dukenaim says August 24, 2017

    Kalau kat KL memang tak jumpa lagi lubuk yang jujur dan murah bab-bab repair gadget ni haha.

    Reply
Hafiz says September 15, 2017

Saya terpecahkan ipad kwan saya..dia kate lcd eh..smpai rm 800-1600 kene ganti..btol ke cmtu skali?

Reply
    Dukenaim says September 20, 2017

    tak semahal macam tu. Boleh survey harga barang dekat lelong.my dulu.

    Reply
Add Your Reply

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor