Reveal: Case Study Cara Buat Jualan (online) Produk Fizikal & Kaut RM1000 Dalam 24 Jam!



AMARAN: Kes study ini dalam bentuk video. Make sure anda tonton sampai habis sebab ia sarat dengan rahsia dan strategi bisnes internet yang tersorok dalam perut Bumi. Akses video ini sekarang!

Kenderaan Uber Lebih Digemari Orang Malaysia Penyebab Utama Teksi Sudah Tak Laku

Tak silap saya beberapa bulan yang lepas, berlaku insiden kekecohan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Jika anda mengikuti perkembangan semasa, pasti anda tahu mengenai kisah mogok pemandu teksi yang meluahkan rasa tidak puasa hati terhadap kenderaan Uber yang mula mendapat perhatian pengguna pengangkutan awam.

Isunya cuma satu, golongan pemandu teksi menyuara rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang pihak Uber Malaysia tawarkan. Ia seolah-olah menjadi penyebab utama teksi sudak tak laku lagi hari ini.

Benar atau tidak dakwaan itu?

Kenderaan Uber Lebih Di Gemari

Kenderaan Uber Lebih Di Gemari

Kenderaan Uber Lebih Digemari Orang Malaysia Penyebab Utama Teksi Sudah Tak Laku

Saya juga secara jujurnya tak berapa pasti kisah disebalik kekecohan yang berlaku. Yang pasti pada hari kejadian tersebut, rata-rata jalan utama di sekitar Ibu kota seperti Bukit bintang sesak dikerumuni oleh ramai pemandu teksi berbaju putih.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Polis, SPAD dan seangkatannya Berjaya tenteramkan keadaan.

Sebelum munculnya Uber, di Asia sendiri termasuklah Negara kita sudah wujudnya perkhidmatan seumpama ini iaitu Grabcar.

APA ITU UBER DAN GRABCAR?

Uber dan Grabcar sebenarnya menawarkan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi kepada pengguna. Namun kedua perkhidmatan ini adalah dari dua syarikat yang berbeza. Ada orang kita yang melabelkan Uber dan Grabcar ini kereta sewa dan juga teksi sapu,

APA SEBENARNYA YANG UBER DAN GRABCAR TAWARKAN?

Sebelum ini saya ada buat sedikit kajian tentang perkhidmatan mereka. Daripada segi ciri-ciri, memang modus operandi Uber dan Grabcar tak jahu bezanya. kedua-dua syarikat ini mempunyai 2 perkhidmatan utama yang ditawarkan.

1) Sama seperti teksi, Uber dan Grabcar memberikan perkhidmatan seperti menaiki pengangkutan awam tapi dengan suasana kenderaan yang dynamic dan jadikan pengguna bebas untuk buat pilihan samada daripada segi keselesaan dan jenis kenderaan. Lebih kurang sama sahaja konsepnya seperti anda naik teksi yang berdaftar.

2) Uber dan Grabcar menawarkan peluang pekerjaan tetap dan sambilan sebagai pemandu

BOLEHKAH SAYA MENAIKI KENDERAAN UBER?

Bagi saya, tepuk dada tanya selera. Selagi ia memudahkan dan mampu membawa anda ke tempat yang ingin dituju, apa salahnya sesekali cuba menaiki kenderaan Uber ini.

 

BAGAIMANA BEROPERASI?

  1. Jadi pemandu
  2. Jadi pelanggan

Untuk menjadi pemandu teksi Uber bukanlah sesuatu yang susah. Sekarang sesiapa sahaja boleh jadikan ia sebagai kerjaya mahupun sekadar untuk mengisi masa lapang sambal menjana pendapatan.

Ramai yang jadi pemandu Uber dan berjaya hasilkan RM3000-RM5000 sebulan tanpa usik gaji sedia ada.

Tak mahu jadi pemandu Uber? Rugi….

Rahsia Pendapatan Uber

Rahsia Pendapatan Uber

 

Kenderaan Uber Lebih Digemari Orang Malaysia

Ya saya boleh cakap ini peluang rakyat Malaysia khususnya dan amat sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun anda peganggur atau sudah diberhentikan kerja notis 24 jam. Apa yang anda perlu lakukan ialah daftar secepat yang boleh sebab potensi pengguna Uber semakin bertambah setiap hari.

jadi pemandu uber malaysia

Perkara yang diperlu untuk jadi pemandu Uber

  • Dukemen peribadi kad pengenalan
  • Lesen memandu (lessen P tak boleh)
  • Salinan geran kenderaan dan juga Insurans
  • Memastikan usia kenderaan tidak melebihi 5 tahun
  • Polisi insurans mesti ada nama anda jika menggunakan kereta milik ahli keluarga ie isteri atau abang

Bagi menjaga imej syarikat dan mendukung nama Uber sebagai pemandu, jenis kereta juga turut di nilai sebelum lulus sebagai pemandu. Jangan bimbang, anda tak perlu lakukan ujian memandu di bukit atau berlatih parking.

Jenis kereta compact car seperti Viva, Kelisa tidak dibenarkan. Sekurang-kurangya haruslah memiliki Myvi atau pun perodua Axia walaupun kedua kereta ini masih dalam segmen yang sama.

Walaupun sekarang ada cara buat duit Uber tanpa bawa kereta,  saya sarankan anda daftar terlebih dahulu sebagai pemandu. Sekurang-kurangnya ia berikan anda pengalaman dan info berguna selok belok system uber ini.

Mahu Jadi Pelanggan Uber?

Jika anda suka atau mahu cuba-cuba menggunakan perkhidmatan Uber, anda diwajibkan untuk mendaftar maklumat anda dengan pihak syarikat uber. Proses pendaftaran adalah cukup mudah hanya perlu isikan butiran tentang diri anda dan hantarkannya melalui emel. Perkhidmatan Uber juga menyedia aplikasi telefon pintar (smartphone) untuk membolehkan anda akses daftar, login dan menyemak rekod penggunaan perkhidmatan Uber.

Sebenarnya, kedua-dua wajib menggunakan aplikasi Uber di telefon pintar tidak kira samada anda seorang pemandu Uber ataupun pelanggan.

Sistem pembayaran Uber juga berbeza dengan teksi konvensional yang kita lihat sekarang.

Disini, pihak syarikat lebih membela dan memberi jamina kepada pengguna agar tidak dikenakan cas melampau tau ada unsur-unsur penipuan.

uber

Setiap destinasi tempat yang ingin dituju secara automatik akan diberikan range tambang terus ke smartphone anda. Kaedah pembayaran juga tidak perlu dibuat secara direct kepada pemandu, tetapi lebih mudah dengan penggunaan system e-debit, credit card atau online terus kepada syarikat sebelum menaiki mana-mana kenderaan Uber.

Jadi risiko anda sebagai pelanggan untuk di tipu atau pemandu tidak mengikut meter tidak akan pernah menjadi isu walaupun meamng tak ada sebarang meter dipasang oleh kenderaan Uber. Tambangnya juga 30% lebih murah berbanding teksi. Ini mungkin penyebab utama teksi sudah tak laku lagi.

Dalam artikel akan datang, saya akan kongsikan lebih detail tentang kaedah penggunaan dan cara pembayaran tambang dikira. Manalah tahu suatu hari nanti anda tersesat di Kuala Lumpur dan ragu-ragu mahu naik teksi bolehlah cuba perkhidmatan Uber.

p/s: Perkhidamatan Uber juga disediakn di bandar-bandar besar seperi di JB dan Penang. Jika takut kena cas kapak dengan abang teksi merah, capai handphone dan muat turun aplikasi Uber.

 

 

 

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor