Reveal: Case Study Cara Buat Jualan (online) Produk Fizikal & Kaut RM1000 Dalam 24 Jam!



AMARAN: Kes study ini dalam bentuk video. Make sure anda tonton sampai habis sebab ia sarat dengan rahsia dan strategi bisnes internet yang tersorok dalam perut Bumi. Akses video ini sekarang!

Cara Mudah SEO Naikkan Ranking Page Website Di Google

Jika tawaran (offer) merupakan enjin utama untuk menggerakkan proses jualan, SEO pula adalah senjata keramat untuk menentukan sebuah blog itu mempunyai  reputasi SERP yang bagus. Sebenarnya tidak ada cara mudah seo naikkan rangking page website seperti tajuk di atas melainkan anda seorang yang sanggup belajar.

80% pengunjung website/blog selalunya datang dari carian-carian melaui search engine. Dan kita semua tahu antara search engine paling popular antaranya ialah Google. Jadi tidak hairan jika rakan anda sebagai blog owner bertungkus lumus siang malam supaya dapat Naikkan Rangking Page Website Di Google.

Pada entri ini saya tak akan hurai panjang lebar apa itu seo sebab korang boleh jumpa lambakan info tentang seo dan teknik-teknik jampi sarapah yang berkaitan untuk memantapkan website agar terus dikenali dan digemari google.

Saya cuma mahu kongsi cara mudah seo yang telah saya praktikkan sendiri untuk naikkan rangking page website di google sekurang-kurangnya pada page pertama atau kedua dalam tempoh kurang daripada 5 bulan. Cara ini sebenarnya berkesan jika anda menjual produk fizikal samada mempromosikan karipap frozen (niche makanan) atau produk untuk ibu seperti milk booster dan sebagainya.

Selain tujuan membina branding sudah tentu tujuan utama anda menulis blog ialah mahu hasilkan income samada pasif atau pun aktif bukan? Takkan anda saja-saja perah otak dan cari idea untuk tulis. Jika hobi anda sememangnya menulis, apakata jadikan ia antara sumber yang boleh buat duit dirumah tanpa had.

Cara Mudah SEO Naikkan Ranking Page Website Di Google

Ini cara saya, dan ianya banyak membantu dalam proses membangunkan sebuah blog. (Disclaimer: kaedah ini bukanlah ciptaan saya, tetapi ia adalah hasil daripada penelitian dan bersengkang mata belajar ilmu-ilmu tentang seo dan website daripada ramai guru)

Apa yang anda perlukan?

Hai! Nak tahu produk IM yang mana sesuai & betul-betul hasilkan $$$?

Daftar percuma sekarang, dan dapatkan review serta info tentang bisnes online ekslusif dari saya - Duke Naim

Okay jom mula…

1)  Blog Khas

Jika tujuan anda menulis blog adalah untuk menjual atau mempromosikan produk, adalah lebih bagus jika anda wujudkan satu blog khas supaya anda boleh fokus kepada sesebuah niche. Point di sini ialah Niche Yang Fokus. Contoh tema/niche Parenting. Sub-niche ialah kesihatan, pendidikan anak, maternity dan lain-lain.

Bila anda sudah tetapkan segmen dengan pilihan niche yang sesuai, sekarang anda perlu tumpukan masa, tenaga dan idea untuk bangunkan blog anda dengan mengarang artikel-artikel promosi yang berkaitan dengan niche blog anda.

Contoh blog khas:

# Ibuhamil.com

Anda boleh menulis artikel berdasarkan sub-niche seperti yang dinyatakan diatas. Tulislah apa sahaja tentang kesihatan ibu mengandung atau cara rawat anak yang ada masalah sembelit. Pecahkan artikel pada segmen yang lebih khusus seperti tips menambah susu badan ibu atau penawar anak sembelit dan sebagainya.

Sekiranya anda sendiri adalah owner kepada produk-produk ini, anda boleh sertakan link promosi ataupun banner (gambar produk) untuk rujukan yang bakal membawa pelawat atau pembaca terus ke laman jualan rasmi. Namun sekiranya anda tidak ada sebarang produk sendiri, anda juga boleh mendaftar sebagai ejen affiliate. Tugas anda cuma mempromosikan setiap artikel di sub-niche dengan meletakkan link affiliate pada setiap entri berkaitan.

Selain ianya meningkatkan rangking website di internet, kaedah ini juga berkesan untuk possition kan website anda sebagai pakar dalam circle niche tertentu.

Oh ya, selain memantapkan search engine optimization , blog khas juga dikategorikan sangat sesuai untuk mendapatkan pelawat yang boleh ditukar menjadi pelanggan. Bahasa mudahnya, kalau blog korang sememangnya menulis artikel review atau menjual, pelawat tak kisah sangat sebab trafik selalunya datang dari keyword-keyword terdesak di internet.

Blog khas ini ibarat macam koordinat GPS, orang akan search alamat yang mahu dituju kemudian dipandu arah sehingga sampai destinasi. Jika nama blog anda lebih spesifik dan fokus contohnya pakarrambutgugur.com maka ia lebih mudah untuk dipilih sebagai Authority selepas mereka buat beberapa carian keyword di internet berbanding dengan nama sitisarah.com atau puterimalu.com

Keyword dalam SEO?

2) Template blog

Buat pemilihan template blog yang mesra pembaca (mobile friendly). Zaman sekarang, statistik pengunjung website kebanyakannya mengunakan smartphone untuk melayari internet. Sekiranya website/blog anda tidak mobile friendly, anda dah hilang satu sumber traffik yang besar. Oh rugi beb..

Google sendiri lebih gemar kepada jenis website yang mesra telefon pintar. Secara tidak langsung blog anda mempunyai peluang cerah untuk segera di Index oleh search engine.

Nak pilih blogspot atau wordpress?

Secara jujurnya, saya lebih suka pada wordpress (self- hosted) kerana fungsinya lebih gagah berbanding blogspot percuma. Namun, ia bergantung pada kepakaran dan tahap penggunaan anda, sebab ada ramai juga Jaguh SEO yang hanya gunakan medium percuma blogspot tapi mempunyai ranking yang sangat baik di Internet. Yang penting anda pandai tarik pelawat dengan menulis isi-isi blog yang boleh beri manfaat dan berbentuk ilmiah.

Ya! Korang kenalah pandai menulis sikit macam tulis surat cinta pada aweks dulu-dulu. Hahaha

3) Keyword

Optimumkan konten blog anda dengan Keyword. Penggunaan keyword khas merupakan aspek terpenting untuk memastikan blog anda di indeks di enjin carian google. Apa keyword yang anda perlu letakkan di blog?

Saya mula-mula dulu pun pening tentang keyword ini. Yang saya tahu keyword tu macam satu script khas atau password yang kita kena copy-paste di blog. Fuh seram kalau macam tu. Alah korang pun macam tu juga dulu kan.

Jadi keyword disini sebenarnya ialah perkataan yang digunakan dalam blog anda. Anda boleh masukkan elemen-elemen perkataan yang menjadi carian popular orang ramai di internet.

Contohnnya :

Cara buat duit di rumah.

Keyword di sini ialah buat duit di rumah

Anda perlu bijak bermain perkataan dan membuat research berkaitan keyword-keyword yang sering digunakan di mesin carian seperti google. Gunakan Google keyword planner . Ia adalah tools yang bagus untuk spy keyword yang popular dan trending sepanjang minggu, bulan ataupun tahun.

Seperkara yang harus anda ingat.

Pada langkah ketiga ini anda dah pun faham tentang fungsi keyword. Tapi ia bukan tiket untuk website anda terus mantap dari segi seo tanpa konten yang bagus, Ingat, konten is a king. Jadi tulislah di blog anda konten yang menarik, mudah difahami, memberikan manfaat sehingga mampu menjadi rujukan kepada pelawat untuk ulang bertandang ke website anda.

Selalunya orang yang datang ke website kita bertujuan mencari jawapan dan mahu selesaikan masalah mereka.  Jadi jika konten kita menarik dan kena dengan selera mereka, ini perkara yang baik. Anda juga mudah menjadi rujukan dan secara tak langsung meningkatkan kredibiliti blog dan menaikan rangking website di google. Jangan lupa selalu update konten yang menarik dan memberi solusi bagi pengunjung.

4) Ping Blog

Bagi kebanyakan blogger, sudah tentu mahukan website mereka cepat di indeks oleh mesin carian bukan? Jadi memang kenalah dengan tajuk post ini cara mudah seo menaikkan ranking website di google. Salah satu caranya lagi ialah dengan lakukan ping blog post anda di website ping.

Apa itu ping? (Packet Internet Gopher)

Ping adalah cara yang dilakukan para blogger untuk memberitahukan kepada search engine bahwa ada sesuatu yang baru pada blognya.

Fungsi ping ini ibarat bawa kereta anda tekan minyak, dan speed dengan gear 5 terus. Ia antara kaedah terpantas untuk menempatkan blog kita dirangking atas pada enjin carian. Bila anda pingkan sesebuah post entri, ranking blog juga akan naik sebab ia berpotensi untuk menarik ramai pembaca melawat melawat blog anda. Ada juga yang lakukan ping entry mereka dengan menggunakan media sosial seperti facebook dengan cara ping url artikel di group-group iklan dan sebagainya.

Contoh cara pantas ping blog anda:

1. Masuk KESINI 
2. Kemudian masukan nama blog anda di ruang blog name

3. Setelah itu masukan url blog anda di bahagian blog homepage

4. Kemudian pada bahagian Common Service, klik Check All

5. Kemudian klik Send Ping, selesai.

 

Mudahkan!

 

Dibawah ini juga antara website ping yang sering digunakan:

Kaedah ping ini terbahagi kepada dua. Saya sendiri hanya menggunakan 2-3 website ping untuk ping entri blogpost. Anda boleh guna kaedah manual atau auto ping. Bagi saya kaedah auto ping lebih mudah, hanya set and forget saja. Anda hanya cuma perlu daftar dengan salah satu website yang mengumpulkan entri-entri popular diatas untuk tujuan ping entri post blog anda. kod khas akan diberi untuk anda ’embed’ di blog template yang anda gunakan.

 

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

10 comments
Mus says January 30, 2017

pelbagai cara untuk naikkan seo.. pernah dulu kena ‘penampar’ google panda algorithm tahun 2011 kaalu tak silap.. habis seo
Mus recently posted…Berapakah Nilai Sekeping Gambar?My Profile

Reply
    Dukenaim says February 3, 2017

    Bila masuk dunia blog ni, baru tau ada macam2 jenis cara nak naikkan SEO. Bukan mudah sebenarnya, kuncinya kena rajin buat dan belajar. Doakan saya rajin hehe

    Reply
sabree hussin says February 13, 2017

SEO ni kadang-kadang pening sikit. Lagi-lagi bila kita mula buka chapter advance SEO. Jadi, langkah yang lebih mudah, ikut sahaja peraturan asas SEO dan fokus pada penulisan untuk dibaca oleh manusia.

Saya cuba sendiri kat blog saya, menjadi jugak!
sabree hussin recently posted…Perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Kamera TerpakaiMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 16, 2017

    Memang pening SEO kalau nak dilayan. Lagipun ikut sukati google dia nak tukar macam mana algorithm. Back to basic paling simple

    Reply
azam says February 26, 2017

seo ni banyak tips dan tak mudah. penat belajar banyak last-last mesti nak stick to few dan yang mudah nak buat sebab ia lebih praktikal. bukan apa khuatir asyik fokus seo tapi kemudian satu post pun tak boleh siap huhu

Reply
    Dukenaim says March 2, 2017

    kadang-kadang benda yang basic je pun dah mencukupi. Banyak sangat teknik seo nak buat, bloh pun jadi berhabuk haha. Insaf kejap lepas baca komen bro ni

    Reply
Hero Borneo says March 29, 2017

saya agak kebelakang dalam SEO..

masih dalam proses dan masih belajar menulis supaya lebih baik dari hari ke hari

Reply
    Dukenaim says March 30, 2017

    Elmu SEO ni banyak sangat. paling senang ikut logik dan belajar asas je itu pun dah cukup bagus. Saya pun masih bertatih lagi dalam dunia SEO ni 🙂

    Reply
JACK says July 4, 2017

Gimana cara naikkan website saya ke rangking 1 halaman no 1 dengan keyword CARA DAFTAR SBOBET

Reply
    Dukenaim says July 7, 2017

    Keyword tu terlalu general dan banyak saingan. Jika nak cepat, bisa guna AdWords 🙂

    Reply
Add Your Reply

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor