Cara Buat Landing Page Website

cara mudah buat landing page website

Cara Buat Landing Page

Sebelum ini saya ada bina beberapa landing page website. Macam-macam jenis saya belajar cara buat landing page. Sebenarnya tak susah mana pun nak buat website ini asalkan tahu caranya dan medium yang betul.

Apa itu landing page?

Mungkin ramai yang sudah tahu, landing page ni merupakan halaman dimana sekiranya anda mahu bawa pembaca atau pelawat ke satu halaman khas bagi tujuan mempromosikan produk, mengumpul list, atau berkongsi info.

Saya tahu ada yang masih keliru dengan term-term yang digunakan kebanyakan orang. Saya dulu pun tak reti sebab tak ada siapa yang ajar cara buat website sendiri. 

Sebelum anda bina sebuah website, anda kena faham perkara ni dulu.



Ada unit-unit kecil yang perlu kita pecah dan kelaskan bagi sesebuah laman web tersebut. Antaranya:

  • Landing page
  • Squeeze page
  • Mini Sites
  • Website/Blog

Bagi saya, landing page juga sama macam laman jualan. Tak kisahlah bagaimana struktur ia sekalipun, selagi anda channelkan pelawat kesana (halaman khas), ia di gelarkan landing page.

Nak bina landing page website ni mudah saja sekarang, lagi senang dari belajar buat blog. Pengguna blogspot.my pun dah boleh bina sebuah laman jualan ala-ala pro. Hanya gunakan skrip copy-paste ini dan template khas.

Kelebihan pada pengguna blogspot, mereka tak perlu untuk sewa domain dan hosting sendiri. Hanya install skrip yang dibekalkan.

Tapi ia bukan calang-calang skrip ya, sebab ramai marketer di Malaysia ni dah generate ribuan ringgit dengan landing page atau laman jualan yang hanya berenjinkan blogspot.com.

 

Revolusi Landing Page

Ya, cara buat landing page juga ada revolusi. Lagi best dari J Revolusi ramai orang tonton kat pawagam hari tu. Maaf abam tak layan haha.

Okay.

Macam mana cara buat landing page yang berevolusi ni?

FYI Dalam entri ni saya tak nak citer pasal Blogspot, tapi fasal WordPress! Yeah

Kalau anda tahu optimumkan penggunaan wordpress, anda akan teruja, ghairah dan addict. Serious!

Sekarang ini, ada macam-macam plugin bagi pengguna wordpress yang minat nak bina landing page, squeeze page ataupun mini sites sendiri.

Salah satu kelebihan wordpress kerana template CMS daripada wordpress ini sangat flexible dan boleh diubah mengikut kehendak pengguna.

Disini saya ada beberapa recommended list template/plugin yang bagus untuk bina landing page pada website yang POWERFULL.

  1. WP Profit Builder
  2. Beaver Builder
  3. Landing Page – dari themify theme
  4. Genesis – built in landing page dengan themes
  5. Instabuilder
  6. Optimize press
  7. Click funnel
  8. Lead Pages

Dalam banyak-banyak ni, nombor 1 – 6 saya dah cuba. Yang dua lagi tu saya belum sempat try sebab dah selesa pakai yang sedia ada.

Kelebihan plugins & themes ini, developer dah buat siap-siap customade untuk para marketer supaya boleh design laman jualan mengikut ciri-ciri yang anda sendiri mahukan. You named it!

Kalau anda tengok dekat luar negara, ramai internet marketer menggunakan skrip dan template daripada yang saya senaraikan diatas.

Cara Buat Landing Page Pilihan No 1 Marketer

Sebelum anda salah faham, jujur saya katakan dalam entri ini saya tidak mengajar apa-apa kaedah dan bagaimana nak bina sebuah laman web atau landing page secara detail.

Kerana proses itu memerlukan lebih penumpuan atau mungkin penerapan visual. Maksudnya, dengan sekadar membaca saja hasilnya tak akan sempurna. Tak sama.

Mungkin dimasa akan datang saya akan buat satu rakaman video tutorial step by step cara buat landing page website. Tengok video baru seronok dan mudah faham kan!

Berbalik semula pada entri saya tadi…

Sekarang ni saya dah fall in love dengan sebuah web creator dalam membina landing page website. Bagi saya ia bukan sekadar membina sebuah laman jualan, blog, dan squeeze page semata-mata. Tapi ia sebuah tools yang lengkap bagi pengguna wordpress untuk mendominasi penggunaannya.  Terutama jika anda internet marketer dan pemilik bisnes.

Thrive Plugin Dari Thrivethemes

Pernah dengar Thrivethemes.com?

Sebenarnya memang dah lama juga saya risik-risik sejak tahun 2015 lagi. Tapi masa tu tengah feel guna Wp Profit Builder, so tak heran sangat nak explore lebih-lebih pasal Thrivethemes ni.

Tapi selepas je cuba dan buat sikit perbandingan, nampaknya apa yang ditawarkan oleh pihak Thrive sangat kena dengan selera saya.

Thrivethemes ni bukan fasal template website semata-mata. Diorang juga sediakan plugin wordpress yang sangat power! Anda boleh tengok sendiri disini

Pluginnya boleh kata sangat ringan dan tidak lambatkan loading sebuah blog wordpress.

Ini contoh salah satu web jualan bisnes isteri saya yang dibuat menggunakan Thrive Plugin, www.mamayokis.com

Walaupun Thrivethemes tersedia pakej blog theme & plugin WordPress, tapi saya lebih selesa gunakan template blog yang dah sedia ada . Kelebihan plugin dari Thrive ni, ia boleh digunakan bersama-sama dengan theme atau template apa sahaja. Contoh macam blog saya ni. Dulu pakai Genesis theme dari studiopress + plugin Thrive.

Jom kita tengok apa komponen yang menarik pada Thrive Plugin ni.

Thrive Visual Editor

Buat landing page memang bukan perkara rumit dan leceh lagi jika anda menggunakan Thrive Visual Editor dari Thrivethemes.

buat landing page

Plugin thrive ini sebenarnya sangat popular digunakan ramai top-top marketer dekat luar negara.

Tapi sekarang ni pun saya tengok, ramai dah sifoo serta rakan usahawan online di Malaysia gunakan dalam salespage mereka.

Selama tempoh beberapa bulan sejak Ogos tahun lepas menggunakan plugin dari Thrivethemes ini, saya betul-betul dah jatuh hati. Ini sebabnya:

  1. Fully SEO Optimize
  2. High Conversion
  3. Mudah nak bina, drap and drop
  4. Copy-paste
  5. Ringan dan laju
  6. Mesra SEO
  7. Mobile Friendly
  8. Clean

Pendek kata, ia 200% best dan mencapai piawaian standard kepuasan saya dalam membina halaman jualan, website, squeeze page dan banyak lagi.

Features yang ditawarkan juga sangat menarik dan sesuai untuk semua orang, tak kiralah anda seorang blogger biasa, usahawan produk kosmetik , jual produk digital dan sebagainya.

Antara fungsi dan kelebihan utama mengapa saya pilih thrivethemes ini ialah plugin Thrive Leads.

cara buat landing page dengan mudah

Fuhh memang mudah nak kumpul database.

Plugin Thrive Leads ni macam SumoMe yang kebanyakan bloger dan pemilik wordpress pakai untuk tujuan kumpul leads, nama dan emel.

Tapi Thrive Leads berikan lebih daritu. Beyond ordinari beb!

Selain fungsi popup yang terpampang bila korang tengah baca entri blog, benda ni juga direka dengan sangat pintar. Anda boleh letakkan dimana sahaja pada blog/landing page anda untuk membina database. Maksudnya bukan limited dekat homepage website saja. Tapi page yang spesifik atau blog posting yang khusus untuk target audience. Gempak kan!  Kalau tak faham, cuba je bayangkan… orait.

Creating your own website has never been easier.

Yup.

Serius memang mudah giler!

Selain tu, saya juga amat tertarik dengan features yang ditawarkan oleh pihak Thrivethemes iaitu Thrive Content Builder. Bagi saya ini backbone produk pihak thrive.

Bukan saja mampu membina website yang lengkap dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri, malah ia nampak lebih kemas dan professional. Paling menarik ia siap di kompilasikan dengan lebih 150++ template yang terbukti dari segi conversion. Anda cuma perlu edit, drag and drop saja ikut suka hati.

Senang citer, dicipta dari Marketer Untuk Marketer gitu.

Plugin Thrive ni mampu jadikan wordpress anda lebih lengkap dengan senjata-senjata marketing yang berbisa sebagai seorang internet marketer.

 

cara buat landing page

cara buat landing page

Ini screenshot Thrive plugin yang saya gunakan sekarang.

Ada pelbagai fungsi yang sangat ohsem untuk bina sebuah website yang powerfull terutamanya kepada orang yang ingin buat sebuah laman jualan yang sempurna.

Tapi saya nak beri sikit penafian. Ia tak terhad pada orang yang nak bina landing page semata-mata. Boleh je diguna pakai kalau anda seorang bloger santai.

Nak cerita kelebihan, nampaknya secara kasar dah saya tuliskan dalam entri ini atau anda boleh terus dapatkan info ke laman rasmi thrivethemes.com

Memang sangat senang kalau anda jenis yang tak reti coding & stress buat website tak jadi-jadi asbab kena tempoh bahasa coding dan struktur html yang rumit.

Cara Buat landing Page sekarang dah tak susah. Tak perlu nak upah designer, bayar upah mahal-mahal kalau anda nak save bajet.

Nak Pakej Thrive Plugin LifeTime? KLIK SINI

 

Dari segi kekurangan, saya tak nampak lagi. Mungkin pada bahagian harga agak sedikit mahal.

1 Plugin bernilai 67 USD.

Tapi kalau join membership yang pihak thrive tawarkan, komitmen pengguna cuma serendah 19 USD sahaja sebulan. Maknanya 228USD setahun dan akan dapat kesemua update lifetime dan support. Tapi pakej ni harus bayar lamsump ya untuk 12 bulan.

Jumlah ini kalau convert dalam nilai Ringgit Malaysia, akan jadi mahal.

19USD X 4.5 =MYR85.50

1 Year member fee = MYR1026

Tepuk dahi aduh!

 

Berita baik! Saya ada sediakan plan dimana anda tak perlu pun untuk bayar bulanan dengan harga kapak macam ni. Tak perlu bayar juga 67 USD untuk 1 plugin. Malah bayaran hanya dibuat sekali sahaja seumur hidup dan akan dapat fully update berserta semua Plugin Thrivethemes.

Sebenarnya saya bersama rakan ada membeli Pakej Agensi dari  pihak Thrivethemes. Dimana kami boleh tawarkan servis pemasangan kepada website klien. Sudah pasti ia mampu milik dan lebih jimat. Menarik kan!

Dengan pakej harga mampu milik, semua plugin kat bawah ini dan themes akan kekal milik kita sepenuhnya.

  • Thrive Content Buider
  • Thrive Landing Page
  • Thrive Leads
  • Thrive Clever Widgets
  • Thrive Headline Optimizer
  • Thrive Ultimatum
  • Thrive Ovation
  • Thrive Quiz Builder

Secara peribadi, bagi saya apa yang Thrivethemes hidangkan dah cukup lengkap untuk boost dunia perniagaan internet yang bukan saja bertujuan mempunyai website semata-mata, tapi lengkap dengan fungsi marketing dan alat bina database ala-ala Super Star Internet Marketer tersohor!

Sekiranya anda berminat, saya nak berikan anda pakej harga mampu milik. Dan paling best, free automatik update LIFETIME!

Pakej Plugin Thrive LifeTime KLIK SINI

 

Beruntunglah pada pengguna WordPress, sebab tak payah pening kepala nak sumbat plugin berat-berat kat website.

Okaylah, dalam entri akan datang, inshaallah saya akan cerita setiap fungsi dan kelebihan menggunakan plugin dari Thrive ini. Nak sumbat cerita dalam ni takut panjang meleret pula.

Last but not least, anda boleh dapatkan Thrive Plugin dari saya. Tak perlu beli lesen sendiri dan join membership yang mahal. Agensi lesen yang dibekalkan kami boleh dipakai pada website pelanggan dan menerima auto update tanpa bayaran bulanan atau tahunan. Klik sini —-> Cara Buat Landing Page

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

34 comments
Khairul Zamri says March 19, 2017

Terbaik perkongsian ini sangat jelas dan teratur. Semoga bermanfaat.

Reply
Noriza Abdul Rahman says March 20, 2017

Ohh bagusnya ada step macam ni, boleh belajar buat landing page sendiri

Reply
    Dukenaim says March 26, 2017

    Ya lagi bagus bila pakai Thrive Plugin ni.
    Dalam banyak drag & drop builder untuk website, rekod peribadi saya ini lah paling win. Boleh cuba risik-risik dekat website mereka.
    Step by step juga disediakan. Senang cerita nak buat website jenis apa pun sekarang bukan lagi masalah 🙂

    Reply
akubiomed says March 20, 2017

Thrive ini memang ada dalam radar saya tetapi belum ada lagi kemampuan dari segi bajet.
akubiomed recently posted…Semburan minyak wangi Romano pelengkap jejaka maskulinMy Profile

Reply
    Dukenaim says March 26, 2017

    1st time guna Thrive dulu terus jatuh cinta. Nak setup pun senang, puas hati dengan features yang ditawarakan. Kena rembat satu tu tuan, takut terlepas radar nanti hihi 🙂

    Reply
dedauncomel.com says March 24, 2017

Terstop kejap di Jay Revolusi.. Saya fikir J revolusi 😀

Saya pun baru belajar tentang ilmu2 online ni.. Boleh saya tahu, apakah kelebihan landing page dengan website atau blog?

Menarik juga kalau dapat guna Thrive Plugin ni kan

Reply
    Dukenaim says March 26, 2017

    Hi T Kasih sebab drop komen kat sini 🙂

    kalau ikutkan, semuanya lebih kurang sama saja. Masih juga dalam skop landing page. Bahasa mudahnya medium untuk kita channelkan audience.

    Landing page kebiasaanya digunakan kebanyakan marketer untuk meletakkan laman jualan khas. Macam minisite yang fokus untuk satu jenis produk untuk tujuan menjual.
    Bagi Blog pula, biasanya seperti apa yang tuan buat sekarang. Blog ni macam profile facebook juga. Ini adalah pendapat peribadi saja.

    Reply
suriya majid says March 28, 2017

padat dan jelas perkongsian ilmunya, gembira akak

Reply
zik says March 28, 2017

berminat pulak theme tengok thrive themes ini.. budget pulak.. belum cukup lagi.. kalau kongsi2 ke.. ok jugak..hehe
zik recently posted…Tonton online cik serba tahu episod 2,My Profile

Reply
    Dukenaim says March 29, 2017

    Yup kongsi-kongsi pun bagus, akan difikirakn juga tuuu hehe

    Reply
zool says April 2, 2017

Tak penah buat landing page ni..
memang bagus untuk meningkatkan kredibilit website

Reply
    Dukenaim says April 2, 2017

    Ya benar, Landing page atau laman jualan ni ibarat virtual salesman hehe. Lagi sedap mata memandang jika nampak fresh dan clean 🙂

    Reply
Ibu Mifzal says April 5, 2017

ooo..sy ingat landing page ni main page blog tu..hehe..tq atas perkongsian
Ibu Mifzal recently posted…Memancing Ikan BesarMy Profile

Reply
RAIHANAH AHMAD says April 17, 2017

tak tahu saya dah ada ke tidak landing page. huhu

Reply
mrhanafi says April 17, 2017

kalau ada tersangat banyak…

saya upah sahaja semua….

malah upah tuan buat untuk saya…

in shaaa Allah
mrhanafi recently posted…Sistem Bergilir Ala-Ala PoligamiMy Profile

Reply
riangria says April 18, 2017

kalo blogger pandai memanfaatkan landing page ni sangat best utk convert pelawat jadi customer ..
riangria recently posted…Kisah Inspirasi Jutawan OKU – Khairul Nizam Wasidin Menghasilkan Jualan Jutaan Ringgit SetahunMy Profile

Reply
    Dukenaim says May 4, 2017

    Lagi sedap kalau trafik blog tu meroket je setiap hari hehe

    Reply
Dedaun Comel says April 20, 2017

Info menarik dan bermanfaat untuk mereka yang bercadang nak buat landing page. Memang banyak kelebihan dengan mempunyai landing page.

Dan dengar landing page ni boleh terjual hingga beribu2 ringgit. Hebat

Reply
    Dukenaim says May 3, 2017

    Ya kuasa landing page sangat berguna lebih-lebih lagi bagi orang yang jalankan bisnes online.

    Reply
Sue says May 5, 2017

Wahhh.. banyak lagi benda yang saya tatau pasal blog ni.

Reply
    Dukenaim says May 7, 2017

    Belajar yang simple saja pun dah berasap otak. Yang complex hanya memeningkan kepala haha

    Reply
Khairul Zamri says May 12, 2017

Landing page amat penting bagi siapa yang ada jual produk atau servis. Supaya kita ada sistem yang dan ‘lot kedai maya’ yang teratur

Reply
inchenaim says August 25, 2017

Penerangan yang jelas tentang landing page. Memang terbaik!
inchenaim recently posted…Mengatasi Rasa Sunyi dan KesepianMy Profile

Reply
reezluv says August 28, 2017

dah pakai profit builder dah rasa puas hati gile dah..cuma nak cari trafik tu je lah yang penting sekali
reezluv recently posted…Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017My Profile

Reply
    Dukenaim says August 29, 2017

    Bab traffik ni mmg kena kerja keras sikit. Mostly prob utama ialah trafik..haha

    Reply
Nor hazmira says October 18, 2017

Interesting… Kaedah yg pantas utk tarik trafik pada page kita..
Nor hazmira recently posted…6 TIPS BERI KONSULTANSI PRODUKMy Profile

Reply
    Dukenaim says October 22, 2017

    Kalau nak lagi sedap, boleh run ads ke landing page kita.

    Reply
Add Your Reply