Buat Duit Dengan Blog – Bukan Senang Nak Menulis

Semalam aku tak boleh tidur semalaman. Tak tahu kenapa. Nak kata aku tengah fikir cara buat duit dengan blog ke hape rasanya tidak.

Nak menulis tu yang kadang-kadang pisang! ~ 😀

Adsense pun baru dapat full account ni. Haha rezeki aku dapat cepat. Sebelum ni memang tak tahu fungsi benda tu, rupanya boleh jana duit Dollar.

Ada masa aku story macam mana aku boleh dapat akaun adsense dengan kelulusan yang cepat sepantas 3 hari. Bunyi macam scamm kan, tapi itulah rialiti tuhan nak bagi rezeki anytime kan.



Tapi kalau nak senang cara buat adsense –> dapatkan panduan raja adsense ni

Lately ni aku perasan, kerap sangat tidur lambat. Boleh jadi imsomnia agaknya.

Sebenarnya aku bosan ditambah lagi menunggu stok produk yang belum siap. Dijangka hujung bulan ni katanya. Hopefully sampai segera sebab klien kami kat sini dah merayu sangat gayanya tu. Kesian diorang.

Sebenarnya kalau perasan, entri kali ni aku buat kelainan sikit.

Korang nampak bahasa ganti diri tu dah jadi “aku” haha. Ya blogpost ini akan dimasukkan dalam kategori personal. Jadi its okay kalau aku guna bahasa yang mudah untuk sendiri faham dan buat orang lain senang.

Okeh.

Buat Duit Dengan Blog, Tapi Nak Menulis Bukan Senang

Sebelum ni aku ada tulis satu artikel berkaitan cara tulis blog juga. Korang boleh baca sini.

Hari ni sambil ditemani hujan renyai, disulami kopi 3 in 1 Oldtown RM2.99 yang aku beli dekat speedmart, aku gagahkan diri untuk menulis.

Ya bukan senang nak buat duit dengan blog melainkan korang tahu apa nak tulis dan niche apa patut dipilih.

Ada macam-macam pilihan. Antaranya:

  1. Topik hiburan atau isu semasa
  2. Topik kesihatan dan kecantikan
  3. Automotive
  4. Percutian dan travel
  5. Make money online (buat duit internet)
  6. Topik dakwah
  7. Banyak lagi

Silap pilih niche maka jadi caca marba lah blog tu. Tapi tak apa asalkan sesebuah blog tersebut berinformasi dan buat orang seronok sambil membaca itu dah cukup.

Part nak buat duit dengan blog tu pulak bergantung pada kreativiti dan kemahiran masing-masing. Aku malas nak cerita dekat sini sebab perkara ni dah jadi isu lemau. Isu lapuk tapi jangan salah faham sebab ia tetap evergreen.

Kalau tak, masakan ada banyak blogger baru muncul kan. Aku lah salah seorangnya tu.

Cuma baru-baru ni aku perasan sesuatu. Menulis blog yang baik bukanlah mudah.

Maksudnya ada masa blog-blog niche ni kadang-kadang boring nak baca.

Tolong mengaku yang aku betul.

Sometime, ada masanya kita pun tak tahu nak buh komen apa dekat entri blog tersebut kan.

So end up kita akan cakap “terima kasih atas info ni” tu je. Aku harap pembaca blog aku dan korang boleh komen lebih 20 patah perkataan dekat post aku jadilah.

Aku masih ingat kata-kata seorang blogger otai.

Nak buat duit kat blog ni kau kena pastikan blog kau menarik

So aku rasa menarik tu subjektif.

Ia ambil kira banyak faktor dan elemen.

Boleh jadi tema blog.

Boleh jadi konten pada blog tu.

Boleh jadi juga sebab penulis blog tu cantek dan hensem.

Ada banyak cara untuk jadikan blog tu lebih menarik.

Tapi aku tertarik dalam satu artikel dari Neil Patil. Dia story bagaimana kita boleh jadi authority dan selebriti dalam dunia blogging ni.

Salah satunya kena tahu asas bermain SEO.

Ya bukan saja-saja tulis dan redah macam rembo.

Tapi nak buat bukan senang. Lagi-lagi menulis konten yang super padu.

Pernah dibincang isu ni banyak kali dalam tulisan beliau. Sekurang-kurang artikel yang baik dan cantik SEO mestilah berjumlah 2000 patah perkataan hingga 5000 atau lebih.

Pehhh.

Aku masih belum mampu nak hasilkan artikel gergasi macam tu. Yang ada dalam ni pun masih berstatus draft. Peram sampai tumbuh cendawan pun belum pasti boleh publish atau tidak.

Aku nak berkongsi serba sedikit idea nak tulis artikel atau konten ni.

Tapi ni pandangan peribadi ya. Tak perlu terlalu serius atau ambil port sangat mana yang tak sesuai tu.

Macam aku.

Aku suka menulis bila hari hujan. Fuhhh sangat memberi inspirasi.

Bila menulis tu sambil bukak tingkap dengar titisan hujan jatuh. Macam melodi lagu dan boleh tenangkan jiwa dan kocakkan idea-idea dari langit.

Senang cerita, waktu ni idea aku memang datang mencurah-curah. Korang macam mana? ~ hehe 😀

Selain tu, aku lebih suka menaip guna smartphone. Ya telefon pintar kita tu.

Dah nama pun pintar, jadi kita gunakan khidmat tu sebaiknya.

Bagi pengguna wordpress dan blogspot

Dalam android korang boleh download apps wordpress dan blogger.

wordpress apps

aplikasi android wordpress

5 hari lepas aku download wordpress punya aplikasi.

Mulanya aku fikir aps tu terhad untuk kegunaan wordpress.com saja.

Lepas explore, baru tahu boleh link dengan wordpress self hosted punya. Yup wordpress berbayar yang ada domain sendiri tu.

Bagi aku, kekangan masa ramai orang ialah mengadap laptop, tapi bukan henset.

So aku guna cara ini sambil baring-baring on aps pada fon. Bermula lah jari- jemari aku menari atas keyboard mendraft artikel.

Simple je kan. Janji selesa.

Yup aku selesa cara ni.

Sebab boleh fokus.

Kalau sebelum ni aku akan menulis hanya bila ada laptop. Kali ni tidak.

Ada banyak dugaan bukak laptop yang boleh buat fokus aku lari.

Contohnya

Tetiba time tu mata korang gatal tengok banyak update plugin yang sampai nak kena download.

Sampai satu tahap tetiba sangkut sebab lost connection dah kena repeat.

Ada masa yang mana sebelum ni okay je dengan template blog diorang, time tu lah gatal nak tukar tema. Isi katak terbang dan macam-macam lagi seperti kupu-kupu dan hujan.

Ya hujan boleh beri kau ketenangan. Jangan bimbang.

Antara faktor lain kenapa aku taip artikel guna aps dan bukannya laptop adalah sebab ianya cepat dan pantas.

Sebenarnya jari jemari korang lebih tangkas bila guna phone. Sama macam korang buat closing sales dekat wassap atau sedang ayat awek dekat wichat.

So berbalik semula pada tajuk BUAT DUIT DENGAN BLOG tu tadi.

Yup macam mana nak buat duit dengan blog supaya kita tak giveup cepat.

Sebelum ni aku pun blur. Tulis blog pun memain.

Ada masa terlalu nak perfectionist. Last-last aku tewas.

Apa perlu buat ialah. Kena ada BIG WHY mengapa kita wujudkan blog tersebut.

Adakah sesaja sebab kengkawan ada blog.

Adakah sebab nak jadi femous macam Fatin Liyana.

Adakah sebab kau nak berkongsi ilmu dan kepakaran.

 Baca juga sini : Cara Mudah Bina Website Dan Landing Page 

Atau adakah sebab nak tulis diary.

Apa pun reason, aku pasti ada yang bertujuan nak buat duit dengan blog.

Salah satunya dengan cara join affiliate. Buat review tentang produk baru dari sifu-sifu internet.

Promote ebook homestay. Ya bagus informasi pasal ebook homesaty ni sebab jarang kita jumpa yang lengkap dan padat. Sesuai bagi orang yang suka pergi bercuti.

Selain tu, jana pendapatan dengan tulis advertorial. Boleh jadi tentang tempat percutian atau pasal produk seoerti supplemen dan kesihatan.

Mostly aku lihat, kebanyakannya lebih senang mempromosikan affiliate guna medium blog.

Yup, terbukti ya cara ni boleh buat duit. Contoh macam affiliate jobdirumah. Ramai gila otai-otai blogger buat duit dengan program job dirumah tu.

Blog ni pun pernah mengaut sedikit komisen dari penyertaan beberapa affiliate. Cuma tak berapa banyak sebab tak konsisten.

Konsisten dan fokus ini adalah kunci kejayaan setiap orang, dan bukan pada tuah. Sebab tu anak bertuah belum tentu mampu buat duit dengan blog hehe 😀

Selain tu juga, blog boleh meramaikan lawan dan kenalan. Sambil-sambil mencerna idea tulis artikel, blog walking sangat bagus untuk expose diri korang dan beritahu ~ “hey aku ada blog, jemputlah singgah”

Actually blog walking ni sangat penting bagi blogger baru macam aku. Sebab tu salah satu cara ampuh backlink dan naikkan SEO blog juga. Betulkan aku kalau silap ya.

Okay lah, aku kena habiskan dulu entri ni walaupun masih banyak nak cerita.

Memandangkan jari aku pun dah berpeluh, makin pudar skrin telefon pintar aku ni. Baru je lagi beli dekat 11 streets hari tu, murah dan berbaloi. Jimat RM200 lebih gak lah.

Samsung J7 Pro

Samsung J7 Pro

Kesimpulan.

Blog boleh buat duit kalau kita pandai tulis konten yang mampu sentuh roh orang yang membacanya.

Blog boleh jadi sumber ilham.

Blog boleh jadi sumber maklumat.

Blog juga sometimes boleh timbulkan fitnah.

Baik yang kita tulis, inshaallah dibalas kebaikan.

Buruk yang ditulis, Malaikat tetap mencatit amalan.

Babai. Jumpa lagi.

About the Author M.Naim

Leave a Comment:

CommentLuv badge

11 comments
zik says January 18, 2018

boleh pergi jauh nih.. cuba dapatkan rangking no1 keyword nih, mesti berdesup perginya sales dua tiga, ada punya sesat..manalah tahu kan..
zik recently posted…Pra Analisis Malaysia vs korea selatan piala afc u23 20.1.2018  My Profile

Reply
    Dukenaim says January 18, 2018

    Nak rank keyword tu tak cukup napas boss. Big boys dah sapu habis. Tu belum dari seberang lagi. Ape pun, abam try haha 😀

    Reply
Gja says January 20, 2018

Setuju sgt dgn topik ni.. buat duit dgn blog, to nak menulis bukan senang..
Gja recently posted…CARA PERGI KLIA & KLIA 2 DARI SEREMBAN DAN NILAIMy Profile

Reply
    Dukenaim says January 20, 2018

    Yup betul.

    Kalau senang, ramai dah bangkit menulis setiap hari hehe 😀

    Reply
Zurainny Ismail says February 2, 2018

Congrats sbb dah dpt akaun adsense. Jgn berhenti berusaha. Once dah established, walau x popular, tetap akan ada consistent income masuk, Insyallah. Time tu sebulan x menulis pun x apa. All the best ya! 😀

Reply
    Dukenaim says February 2, 2018

    Terima kasih sis. Kadang2 serabut juga iklan adsense ni muncul dari banyak penjuru pulak haha. Masih baru jadi cam jakun pon ada

    Reply
Hans says February 20, 2018

Yes..menarik tu memang subjektif
senang cakap akan ada yang suka blog kita dan sebaliknya
hehehehe
Hans recently posted…Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 20, 2018

    Yup betul! 🙂

    Reply
Hans says February 20, 2018

betul2
subjektif sebenarnya
sebab blog nih pun ada yang suka blog kita dan sebaliknya
hehehe

Reply
titan says May 19, 2018

takde benda mustahil selagi kita berusaha.

itu aje.

tak susah mana pun.
titan recently posted…Speech Theraphy One Two ThreeMy Profile

Reply
    Dukenaim says May 19, 2018

    Tepat! Selagi tak usaha memang tak tau gagal ke berjaya.

    Reply
Add Your Reply