Reveal: Case Study Cara Buat Jualan (online) Produk Fizikal & Kaut RM1000 Dalam 24 Jam!



Pendedahan ekslusif, bagaimana dengan kos semurah RM10 sehari newbie mampu jana RM1000 setiap hari sambil menikmati kopi dikedai mamak! Akses video ini secara percuma.

Bisnes Online Apa Yang Bagus? Mitos & Hakikat Wajib Anda Tahu

 

Bisnes-Online-Yang-Menguntungkan

Ya bisnes online apa yang bagus kalau nak buat sekarang? Tapi soalan tu agak kurang tepat bagi saya. Memang ramai yang minat berniaga, tapi kebanyakan masalah yang masih tak jelas bagi ramai orang ialah bisnes online apa yang menguntungkan kalau nak buat?

Susah nak jawab.

Tapi tak apa, beri saya peluang untuk goreng habis dulu, kemudian anda fikir dan timbal balik semula. Kalau betul anggukkan kepala dan say ‘yes’ dalam hati. Kalau tak betul, itu mungkin pemahaman masing-masing.

Soalan yang sering orang kita tanya…

“Bisnes apa nak buat?”

“Boleh tak awak kasi tahu saya, macam mana nak berniaga online kat facebook dan jadi kaya?”

“Saya tak reti la bisnes kat facebook, macam mana ya?”

Ada juga yang bertanya,

“Bisnes apa yang sesuai buat masa sekarang ni ya?”

Sebenarnya setiap jawapan dah ada pada tangan anda.

Ada pada hati dan sanubari masing-masing. Cuma jawapan tu terlalu subjektif, mungkin ada yang silap isi, tak terang, dan setiap jawapan pada persoalan tu tak dijawab padu dan tepat ibarat menggunakan pensil yang tumpul.

Dilema orang berniaga, ada untung dan mesti ada rugi. Tapi dilema ribuan usahawan online yang saya tengok tumbuh bak cendawan sekarang ialah tercari-cari bisnes apa yang menguntungkan untuk dibuat.

Ini jawapan ikhlas dari hati saya.

“Semua bisnes itu pasti menguntungkan!”

Bisnes online apa yang menguntungkan?

Sebenarnya bila kita cari sesuatu info, contohnya di internet kita betul-betul harapkan jawapan yang tepat dan kena dengan kehendak kan.

Maaf kalau jawapan saya diatas tadi ibarat pukul rata saja. Ya memang benar, hakikat lebih pahit untuk ditelan lebih-lebih lagi pada tahun 2017 sekarang.

Orang bisnes, lebih banyak cerita gagal dari gembira. Tolong akui yang ia benar.

Orang bisnes lebih banyak yang murung berbanding ceria. Ini pun betul.

Orang bisnes lebih banyak hutang dari pekerja kilang. Hmmm.

Senyum orang bisnes kadang-kadang penuh 1001 cerita duka.

Jadi bisnes apa nak buat dan apa yang menguntungkan?

Ramai yang salah tafsir, bila terjun dunia bisnes ingat semuanya indah belaka. Ada pelangi dan orang memang suka berurusan jual beli daripada anda.

Part of it, memang ia benar. Tapi lebih banyak mitos palsu dari hakikat yang benar.

Mitos buat bisnes online

1) Buat bisnes online boleh jadi kaya

2) Buat bisnes online boleh kontrol masa dan waktu

3) Buat bisnes boleh hilang segala tension dengan boss

4) Bisnes online macam-macam boleh jual

5) Bisnes online pakai software magik macam ni akan terus berubah 360 darjah masa depan.

6) Beli panduan dan masuk seminar jana 5 angka, terus sah jadi jutawan.

Kalau anda fikir begini, anda akan hanya akan nampak kegelapan berbanding nur cahaya yang terang…trust me.

Saya dah lalui detik dan saat bila mitos-mitos indah ni hilang.

Saya pernah rasa, menangis peluk bantal sambil tekup muka sebab malu orang rumah nampak.

Saya pernah rasa menyesalnya berhenti kerja. Ya dulu saya kerja di Bank yang gah dekat sini. Padan muka orang degil macam saya ni.

Saya pernah rasa 25K sebulan, 16K sebulan dan kosong K sebulan.

Jadi kenapa orang suka bisnes online? Adakah itu saja pilihan yang tinggal atau suka-suka?

Sebab murah, jimat, bebas dan takada orang boleh halang macam bos lama tempat kerja anda dulu.

Wrong!

Selagi kita tak ada “BIG WHY” mengapa memulakan suatu perubahan itu, maka tidak akan wujudnya hasil seperti yang di angankan.

Bebalik pada jawapan saya diatas tadi, iya…semua bisnes pasti untung.

Jual karipap 3 biji seringgit pun masih tetap untung. Kan?

Jadi apa masalahnya?

Masalah orang yang baru nak mula berniaga di arena bisnes online ni, kadang-kadang tak tahu nak jual apa. Ada yang tak pandai website, tak bijak main facebook ads. Pendek kata tengok orang lain guna sistem itu ini, kita pun nak ikut juga.

Tapi…

Masalah utama ialah kita bukan tak reti. Tapi keupayaan untuk mahu belajar itu tak ada.

Orang kita EGO. Serius!

Jadi nak bisnes apa yang untung sekarang?

Begini,

Sebenarnya part nak bisnes apa tu mudah saja.

Ada DEMAND & SUPLY. Thats it!

Bahasa mudahnya, ada orang yang cari bisnes/produk anda tu, dan ada orang yang menjual dan menyediakannya.

Sifirnya macam ni.

Ada tukang jual, ada tukang beli.

Terdapat banyak pilihan bagi model bisnes untuk anda pilih. Tak semestinya terhad pada bidang online semata-mata.

Tapi memandangkan itu trend sekarang, dan boleh kata ia bagus untuk jana ekonomi tak salah mencuba namun harus ada ilmu. Tak perlu banyak sangat ilmu, cukuplah sekadar knowledge dan tahu teknik buat duit yang betul.

Semua orang dilahirkan mempunyai potensi diri masing-masing. Tugas kita ialah cungkil dan bawa keluar potensi diri untuk convertkan pada keuntungan.

Sebelum capai pada step ‘keuntungan’ tadi tu, anda harus ada ACTION untuk bawa semua potensi diri anda dari satu tahap kepada satu tahap yang baru.

Sebab tu, usahawan online yang saya tengok berjaya mereka ini orang yang jenis bertindak pantas.

Yes…money love speed!

Selalukan kita dengar orang cakap “Fast Action Fast Result”. Jadi betul la tu.

Pemilihan jenis bidang bisnes juga penting.

Ada banyak boleh cuba.

Nak buat bisnes MLM, sila tahan mata dan pergi meeting malam-malam buta.

Nak buat bisnes Affiliate, belajar dari guru affiliate yang dipercayai dan ada result.

Nak buat bisnes trading, belajar bisnes trading jangan belajar benda lain.

Senang cerita, anda jual dan anda dapat duit.

Nak dapat duit lebih banyak, maka scale up lagi jualan dan besarkan perniagaan termasuklah, produk, staf dan lain-lain. Jangan sangkut bayar upah gaji orang.

Tak tahu nak bisnes apa la…

Masalah banyak orang bukan pada bisnes.

Perkara ni lebih melibatkan produk. Ya produk apa yang patut di bubuh dalam bisnes tersebut.

Kebanyakan ushawan yang strugle dan susah nak maju dari point A ke point B ialah mereka masih tak tahu produk apa yang dia nak jual dalam bisnes.

Maksudnya golongan ini masih tercari-cari identiti produk yang bakal digilap untuk dicampakkan dalam model bisnes.

Ringkasnya, masalah utama peniaga online ialah tak tahu nak guna, nak jual produk apa sebagai lambang bisnes masing-masing.

Jadi apa perlu buat?

Perkara wajib yang patut anda lakukan ialah VALIDATE market dan kenal pasti siapa bakal pelanggan anda. Melainkan anda jual beras. But still, beras pun sekarang ikut kasta. Haha

Disaat anda sudah kenal pasti permintaan terhadap sesuatu produk itu, maka sekarang perlu jalankan proses pemasaran, atau pun marketing.

Marketing ni rempah utama. Nadi dan jantung dalam bisnes.

Okeh macam ni.

Bisnes boleh kata merupakan ‘kunci’ sesuatu bidang dalam perniagaan untuk memperoleh kebahagian, masa, wang dan segalanya.

Anda dah ada bisnes itu sudah cukup bagus.

Namun, mempunyai bisnes tapi tak ada sales pun itu masalah. Boleh menggugat jiwa dan iman.

Jadi perlu akui, sales atau jualan ini benda mustahak, duit bisnes tu.

Sebab nak penuhkan duit dalam akaun bisnes kita ialah dengan cara…

“Bawa keluar wang dari poket orang lain, dan masukkan dalam poket kita” – dialog movie The Wolf Of Wall Street

Kat sini, sales main peranan. No sales, no bisnes. Jadi, kalau nak bergerak pergi kedai perlu naik kenderaan,maka dalam bisnes, sales atau jualan merupakan kenderaan anda.

Tapi itu belum cukup.

Selagi anda tak injek elemen yang satu ni, bisnes anda akan mati.

MARKETING!

Ya, marketing. Dalam bahasa, kita panggil pemasaran. Marketing ni ialah satu proses untuk menentukan hala tuju bisnes anda. Jadi apa itu marketing?

Marketing = menyampaikan mesej yang betul kepada market yang betul menggunakan medium yang betul.

Semua harus betul, betul dan betul.

Tugas marketing ini ibarat enjin kenderaan. Tak ada enjin, kereta tak akan bergerak.

Dalam perniagaan, tak kira samaada anda jual ikan atas lori, bisnes online dekat FB, berniaga di instagram, marketing ni lah enjin bisnes anda.

So, wajib untuk jaga dan belajar ilmu pemasaran yang betul untuk pastikan segala momentom, jualan dan hasil tak slow, tak padam dan tak lari. Inshaallah kalau semua elok, bisnes anda akan smooth, dan setakat nak meroketkan jualan itu benda kacang je. Penting ke penting marketing?

Nak belajar ilmu marketing klik sini—> Belajar A-Z Marketing & Letupkan Jualan

Kesimpulan

Tak ada satu bisnes pun yang benar-benar sesuai dengan anda selagi tidak kenal pasti dan membuat market research. Asasnya anda wajib validate setiap aspek untuk tarik minat orang kat luar sana dan wujudkan permintaan.

Kalau pening nak cari produk tak tahu mana yang sesuai, saranan saya mula dengan model bisnes Affiliate.

Suri rumah pun boleh buat. Orang putus cinta pun boleh buat affiliate. Budak SPM pun sambil tunggu result buat Affiliate.

Terima kasih sebab baca artikel Bisnes Online Apa Yang Bagus ini. Harap apa yang ditulis ini bermanfaat.

Kalau rasa ia membantu anda, klik butang share dan kongsi pada rakan yang lain.

Jika mahu komen, scroll kebawah sikit masukkan nama panggilan, emel anda, laman web (kalau ada), kemudian tulis komen anda dan submit. Saya baca satu persatu.

 

Nota kaki:

Group orang bisnes patut join – LikeMethod

Untuk belajar bina website – Baca panduan disini

Nak belajar Affiliate Senang Dapat Komisen – Download sini

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

8 comments
sabree hussin says February 13, 2017

Setiap orang yang nak berbisnes akan hadapi Masalah yang berbeza. Masalah paling common, ialah tak tau macam mana nak menjual .
sabree hussin recently posted…Perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Kamera TerpakaiMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 16, 2017

    Hahah betul. Bukan senang nak jual sebatang pen sekali pun kalau skill takde hihi

    Reply
zool says February 20, 2017

kena banyak belajar ni..
bukan senang bisnes online ni

Reply
    Dukenaim says February 22, 2017

    yup bukan senang. Bnyak yang indah khabar dan sweet things hihihi

    Reply
dedauncomel.com says February 24, 2017

Buat bisnes online ni tak semudah yang dijangka. Ada ketikanya susah dan menemui jalan buntu. Tapi itu yang buat ianya seronok dan menarik 🙂
dedauncomel.com recently posted…Cara Ekstrim Untuk Kuruskan Badan Dalam 1 MingguMy Profile

Reply
    Dukenaim says March 2, 2017

    Ya..banyak cerita gagal dari kejayaan. Tapi kalau tak gagal dulu macam mana nak berjaya kan! hihi

    Reply
Ikhwan says March 13, 2017

Bisnes adalah bisnes, online dan offline adalah platform sahaja 🙂
Ikhwan recently posted…Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19My Profile

Reply
    Dukenaim says March 14, 2017

    Ya.

    Yang penting redah je pelan-pelan. Langgar dinding tu biasakan dulu ye tak hihi 😅

    Reply
Add Your Reply

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor