Aku Budak Bloger Baru

Salam dan hai.
Thanks bro and sis sebab singgah dekat laman sesawang ni.

Blog ni masih baru, dan doakan saya rajin post artikel dalam blog ni.

Doakan juga saya tak ‘copy-paste’ artikel orang lain.

Sengaja saya buat pinned post ni sebab kalau boleh saya tak mahu tersasar jauh dalam menulis entri disini, jadi elok saya jadikan ia rujukan takut-takut nanti merapu pula.

Sahabat..

“Dalam hidup ni kita perlu ada matlamat. Dan nak capai matlamat tu perlukan masa, wang dan tenaga untuk dikorbankan” – quotes by dukenaim.

Jadi, saya korbankan masa sikit untuk menulis pada blog ke-3 ini. Laman blog yang lain biarlah jadi rahsia.

Dalam blog ini saya bahagikan pada beberapa part sebagai rujukan sendiri. Jadi sekiranya ada yang nak baca atau cari info, isu dan hal-hal sekeliling boleh selongkar dilaman artikel.

Saya juga jadikan blog ini tempat untuk berkongsi cerita, info, tips dan sedikit pengalaman dalam dunia internet termasuklah ilmu pemasaran.

Ya…saya seorang fulltime internet marketer.

Kalau ada jiran yang tak kenal akan kata saya ni jobless. Its okay.

Sekiranya anda minat bisnes, suka duit, suka ilmu pasal perniagaan, suka belajar, dan ada minat mahu berjaya… maka kita berkongsi minat yang sama.

Believe it or not,
“Every master was once a disaster”