7 Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti Pada Blog

Ya apa kena mengena durian tadi dengan entri kali ni?

Sebenarnya semalam baru dapat makan durian kawen. Manis, sedap..lemak-lemak rasa dia. Lepastu teringat ada draft artikel ni dalam blog, belum publish 😀

Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti Pada Blog

Tak salah kalau saya katakan menulis artikel dekat blog juga salah satu cabang dalam copywriting. Tapi ada caranya, dan ada 7 cara menulis artikel seo ni. Sebab tu sekarang, kalau tengok dak-dak sales online, diorang dah start buat artikel berbentuk content dan iklan pun jenis native ads.

Since blog ni masih baru lagi, jadi usaha nak memantapkan kualiti dan SEO sedang giat dijalankan. Yup bukan senang.



Sebenarnya dengan kemahiran menulis blog artikel mesra SEO sahaja makan tak habis tau. Kalau korang pandai bermain dengan perkataan, karya tulisan korang tahap dewa sihat dan ada roh, inshaallah boleh pergi jauh.

Silap haribulan, tulisan anda dalam perniagaan tu, boleh buat jualan bergoncang!

Cara Menulis Artikel Seo Berkualiti | FYI artikel SEO ni ialah tulisan konten atau blog posting yang mesra search engine.

Search engine popular yang selalu kita pakai most of the time ialah google. Dekat situ dalam sehari jer berjuta orang duk google cari info. Itu termasuklah, adik, abang, kakak, mak sedara sebelah bapak dan jiran sebelah yang baru pulang dari shopping borong barangan dekat China.

Ringkasnya, artikel seo yang berkualiti adalah sebuah tulisan atau konten yang mesra mesin carian di internet.

Search Engine Optimization is a technique used in web publishing to increase web page visibility and traffic for a higher ranking in search engines and more readers.Writing an article using Search Engine Optimization requires good writing skills to make the article interesting and easy to read.

Ya tu salah satu sumber tentang SEO dari wikihow.com 

Biasanya blogger atau orang yang mahir SEO ni diorang akan terima banyak offer dari company-company luar untuk promosikan produk mereka. Samada suhu tulis review atau advertorial. Upahnya juga boleh tahan.

So, jom lihat macam mana proses menulis artikel seo yang berkualiti ni.

7 Cara Menulis Artikel Seo Berkualiti

Saya akan tulis berdasarkan apa yang pernah dipelajari dan selalu amalkan untuk bisnes sendiri.

Walaupun ramai yang dah tahu perkara ni, tapi sebenarnya malas nak buat. Mungkin sebab renyah dan consume banyak masa.

Sebab tu kalau nak cepat & jimat masa, korang kena belajar cara buat Google Adwords. Setel!

So apa dia cara menulis artikel seo ni?

  1. Kata kunci (keyword)

    Wajib letak kata kunci ni dalam artikel. Jika artikel tersebut ditulis bertujuan untuk mempromosikan produk, boleh jadi kata kunci yang sesuai adalah ‘solusi tentang produk’ atau pun ‘nama jenama produk’ tersebut.

    Kata kunci ni sebenarnya sangat mudah ditanam dalam penulisan artikel blog.

    Gunakan kata kunci yang  mempunnyai 3 patah perkataan atau lebih. Contohnya, cara buat duit dengan blog. Masukkan keyword yang korang nak, dekat artikel tersebut.

    Misalnya di Heading, subheading, peranggan pertama atau tengah.

    Meh saya belanja lagi satu contoh.

    Contoh keyword : Cara Buat Website Dengan Mudah

    Tajuk artikel blog : 5 Cara Buat Website Dengan Mudah Walaupun Anda Newbie

    Sesuaikan penggunaan keyword tersebut dengan barisan ayat artikel yang ditulis. Jangan over sangat, sampai nak baca pun rasa aneh.

    Lepas tu korang masukkan link dekat keyword-keyword tu.

    Contoh cuba klik–> Cara Buat Landing Page Website

  2. Tulis artikel yang panjang tapi mudah difahami

    Sebenarnya, makin panjang sesebuah artikel tersebut makin bagus.

    Minimum ialah 300 patah perkataan. Tapi kalau setakat 300 patah perkataan, baik korang update facebook je.

    Artikel yang mesra seo selalunya lebih daripada 800-1500 patah perkataan. Lagi panjang lagi gagah.

    Tapi awas, susunan konten harus tepat & padat, tak meleret dan buat pembaca rasa seronok.

  3. Tulis dari hati, dan pastikan asli

    Ya bukan senang nak tulis dari hati.

    Kadang-kadang keaslian tu jadi plastik bila orang dah start pegang keyboard.

    Selain tu, amat disarankan supaya kita tak ceduk atau copy-paste artikel orang lain. Bukan saja melanggar hak, malah google sendiri tak berkenan cara ni. Sekurang-kurangnya, berikanlah credit.

  4. Buat external link

    Maksud kat sini, korang boleh letak pautan pada artikel yang ditulis.

    Katakan hasil tulisan tu adalah dari ilham atau sumber yang telah dikaji dari buku, website macam wikipedia ke, masukkan outbound link dekat situ.

    Contoh,

    Katakan hari ni anda baca Harian Metro.

    Tajuk “Kisah Pakcik Ismail Jadi Taukey Ais Krim Buat Rm5000 Sebulan”

    Anda boleh tulis artikel dan olah mengikut ayat anda sendiri. Masukkan harian metro sebagai sumber. Sekarang ni kan dah ada versi online, lagi senang.

  5. Optimize penggunaan fungsi dan tool; pada penulisan anda

    Kalau kita nak mantapkan cara menulis artikel seo berkualiti, jangan lah buat ala kadar saja.Maksudnya, bila menulis tu jangan guna satu patern saja.Sama macam kita tulis resume dekat  word juga. Ada heading, ada bullet point semua tu kan.

    wordpress tools for writng articles

    paparan antara muka wordpress

     

    Macam tu juga halnya dengan penulisan artikel seo kalau nak jadi bagus dan sedap google scan.

    Gunakan fungsi Heading 1, heading 2, heading 3, heading 4 tu sebaiknya dalam penulisan.

    Jika artikel tersebut perlu dipecahkan contohnya menceritakan manfaat, gunakan bullet atu numbers

    Jangan lupa, buat peranggan. Jangan tulis panjang-panjang tapi tak ada peranggan.

    Orang marah, nanti diorang blah.

    Pastikan tanda bacaan ada. Kalau perlu letak ‘koma’ bubuh siap-siap. Bagi orang yang baca tu boleh bernafas dan sambung bacaan mereka.

    Selain tu, gunakan perkataan yang mudah difahami dan tak berbelit-belit.

    Contoh:

    Bagaimana anda boleh menghasilkan daripada sebuah telefon pintar sejumlah wang yang banyak kurang seminggu dari sekarang.

    Ya ayat ni, kalau baca pun rasa macam nak tampar nak marah. Pening! ~ Haha 😀

    Gantikan dengan,

    Ini cara hasilkan RM20000 dengan telefon pintar dalam masa 7 hari.

    Simple kan.

  6. Pastikan Gambar atau imej mesra SEO

    Bila korang upload gambar dekat website atau blog, sila rename dulu nama imej tersebut. Katakan artikel tu tentang cara buat duit dengan google adsense, jadi rename gambar tersebut dengan nama yang sesuai.

    Tanam siap-siap keyword pada gambar; Keyword (cara buat duit dengan google adsense)

    Gambar durian; nama origins Durian dari karak

    Nama selepas rename: Cara_Buat_Duit_Dengan_Google_Adsense.JPG

    Nota: Guna gambar yang relevan ya. Durian tu contoh je ~ hehe 😀

    Jadi bila korang publish artikel dekat internet, kadang-kadang ada juga jenis manusia yang suka cari pada bahagian tab image. Untung-untung gambar tu akan di klik dan redirect ke blog atau website korang.

    Masa upload gambar, resize terlebih dahulu.

    cara upload gambar yang mesra SEO

    Durian karak, pahang.

     

    Jangan terlalu besar, nanti loading blog boleh jadi lembab macam siput bab**.

    So guna tools untuk resize, macam photo editor, photo scape atau photoshop ke.

     

    Boleh juga pakai tinypng.com atau imagify. Dua-dua ni bagus.

    Jika pengguna wordpress, boleh gunakan plugin diorang.. FREE.

  7. Pakai plugin SEO

    Ni cara paling senang.Antara plugin yang selalu orang pakai:

    All in one seo
    – Yoast SEO

    Plugin ni boleh bantu guide anda dalam mengahsilkan artikel berciri-ciri SEO dan bagus. Klik-klik pasang jer dah siap.

Kesimpulan

Sesiapa pun mampu kalau ada kesungguhan nak belajar dan berusaha. Menulis sekarang tak susah macam dulu, tak perlu guna kertas dan bazirkan dakwat.

 

Terima kasih sebab baca artikel 7 Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti Pada Blog ni. Sekurang-kurangnya kita dah tahu macam mana hasilkan artikel yang mudah di indeks oleh google.

Sumber : WordPress.com / Yoast SEO 

 

 

 

 

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

19 comments
Mohd Rawi says January 20, 2018

Terima kasih di atas informasi tip menulis artikel seo ini . Sedikit sebanyak dapat menambah ilmu penulisan saya..

Reply
    Dukenaim says January 21, 2018

    Ya, trima kasih juga sebab sudi baca tuan 😀

    Reply
zara says January 22, 2018

bagus tips yang saudara bagi ni..same macam sifu blog saya ajar.
zara recently posted…Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering Secara SemulajadiMy Profile

Reply
    Dukenaim says January 22, 2018

    Ya selalunya tak banyak beza. Terima kasih jika rasa bermanfaat 🙂

    Reply
Khairul Zamri says January 24, 2018

Terima kasih sebagai peringatan dan pengetahuan untuk kita menulis barulah boleh kekal lama dalam dunia blogging bila tengok blog kita ‘hidup’
Khairul Zamri recently posted…Traveloka Fly and Win CNY ContestMy Profile

Reply
    Dukenaim says January 25, 2018

    Sama-sama. Nak hidupkan blog tu banyak cabaran haha 😀

    Reply
Hans says January 25, 2018

Plugging SEO tu jer yang saya tak berapa faham…hehehe
Hans recently posted…Makan Nasi Tok DengMy Profile

Reply
    Dukenaim says January 25, 2018

    Kalau pakai wordpress, guna plugin seo ni bagus. Boleh jadi inspector pada artikel kita

    Reply
Zurainny Ismail says February 2, 2018

Banyaknya benda yg nak kena belajar. Even bab menulis lebih 1000 patah perkataan tu pun payah! 😀

Reply
    Dukenaim says February 2, 2018

    Yup mmg payah. Sometimes sebab taj ada idea pun boleh jadi juga

    Reply
Thenewsia says February 9, 2018

Terbaik tuan. Nak kena asah lagi bab2 SEO ni
Thenewsia recently posted…Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018My Profile

Reply
    Dukenaim says February 9, 2018

    Sama lah kita. Jom asah sampai tajam!

    Reply
Abdul Wafi says February 13, 2018

bagus ilmu nya

Reply
    Dukenaim says February 13, 2018

    Alhamdulillah. Boleh lah sikit-sikit boss. 🙂

    Reply
Amir Mazlan says March 4, 2018

tak rugi bila belajar tulis artikel seo ni..saya sendiri pun banyak sales affiliate datang dari artikel seo. Alhamdulillah 🙂
Amir Mazlan recently posted…Jual barang online tanpa perlu susah-susah mengadap WhatsApp berjam-jamMy Profile

Reply
Ikhwan says April 26, 2018

Lagi suka pakai Yoast untuk SEO.
Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41My Profile

Reply
titan says May 19, 2018

oh.

camgitu rupanya.

hoho..

kena usaha lagi banyak nih.
titan recently posted…PRU14 – Satu Kebangkitan yang penuh MAGIS.My Profile

Reply
    Dukenaim says May 19, 2018

    Bro titan dah tahap dewa bab seo. Senang je tapau habis hehe

    Reply
titan says June 9, 2018

haha..

seo ni benda berterusan.

kalau malas, depa jadi dewa malas.

haha..
titan recently posted…Hutang ialah Raksasa MalapetakaMy Profile

Reply
Add Your Reply