Reveal: Case Study Cara Buat Jualan (online) Produk Fizikal & Kaut RM1000 Dalam 24 Jam!



AMARAN: Kes study ini dalam bentuk video. Make sure anda tonton sampai habis sebab ia sarat dengan rahsia dan strategi bisnes internet yang tersorok dalam perut Bumi. Akses video ini sekarang!

3 Cara Jana Income Pasif Dengan Program Affiliate InvolveAsia 

Program-Affiliate-InvolveAsia

Program-Affiliate-InvolveAsia

Mungkin anda dah bosan dengar cerita pasal program buat duit, masuk skim sini keluar skim sana, lepas tu ada yang mula rasa dah giveup tapi akhirnya terjebak pula dengan program Affiliate. Terbaru sekarang ni muncul pula Program Affiliate InvolveAsia. 

Jana Income Pasif Dengan Program Affiliate InvolveAsia

Dalam entri ini, saya akan kongsikan pada anda 3 cara yang boleh anda gunakan untuk jana income daripada Program Affiliate InvolveAsia.

Tapi sebelum itu…

Apa sebenarnya Affiliate InvolveAsia ini?

Dari namanya sahaja “InvolveAsia” saya dah boleh bayangkan yang potensi dan hasil dari program ini bukan sahaja melibatkan carian domestik tetapi hampir seluruh Asia untuk para blogger dan affiliator merebut peluang sambil jana komisen.

Involve Asia ini juga dikenali sebagai Shopstyler.

Ia menyedia platform untuk anda yang minat menjadi ajen affiliate kepada pelbagai laman e-dagang popular di rantau Asia (ecommerce).

Bagi saya konsepnya lebih kurang sahaja sama seperti program affiliate Amazon.

Hai! Nak tahu produk IM yang mana sesuai & betul-betul hasilkan $$$?

Daftar percuma sekarang, dan dapatkan review serta info tentang bisnes online ekslusif dari saya - Duke Naim

Cuma, program affiliate involveAsia ini sebenarnya lebih mesra bagi pengguna-pengguna di Malaysia khususnya blogger kerana ia sangat mudah dan tidak terlalu rumit dari segi teknikal.

Orang beli barang dari Lazada tapi anda dapat Komisen? Macam mana tu?

YA!

Kejap lagi saya cerita. Teruskan baca..

Salah satu kelebihan dari program Affiliate InvolveAsia ini ialah potensi jana pendapatan sampingan.

Jika ada rakan-rakan anda atau saudara yang gemar buat belian secara online, InvolveAsia menyediakan lebih 100 laman e-commerce yang terlibat dan kesemuanya adalah dari jenama besar.

Antara vendor dan jenama terkenal adalah seperti Zalora, Lazada, Qoo10, Trivago dan lain-lain. Mereka adalah sebahagian daripada ratusan rakan JV InvolveAsia.

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia sudah banyak terdedah dengan iklan dari jenama-jenama seperti Lazada.

Isteri saya sendiri gemar beli pampers anak secara online daripada Lazada.

Ramai yang tak tahu syarikat ecommerce seperti Lazada sendiri ada menyediakan program affiliate yang khusus dimana mereka tawarkan komisen sehingga 6%-15% bagi produk-produk popular.

Bayangkan jika anda bukan sahaja boleh menjana komisen dari 1 jenama sahaja malah hampir ratusan jenama dari syarikat-syarikat besar ini?

Oleh sebab itu, InvolveAsia mula mencuri tumpuan para pengiklan dan blogger.

Dengan menyertai program Affiliate InvolveAsia, secara tak langsung anda berpeluang untuk mengiklankan jenama-jenama tersebut dan kaut komisen dari setiap 1 unit belian yang dilakukan oleh ramai orang.

SCMP 15OCT15 FE SHOPPING16 1Y2B9659.JPG

Ringkasnya begini, anda promosikan produk-produk daripada merchant popular seperti Lazada, Zalora atau Agoda jika ada orang membuat belian daripada pauntan anda, maka anda akan dibayar oleh InvolveAsia.

Orang lain shopping kita pula yang terpaksa terima komisen.

Menarik bukan?

CIRI-CIRI PROGRAM AFFILIATE INVOLVEASIA

1) Terdapat lebih 100 jenama (rakan niaga) untuk anda iklankan produk mereka dan jana komisen

2) Mempunyai cookies selama 30 hari

Bermaksud, jika ada rakan yang klik pada banner atau pautan iklan anda tapi tidak buat belian pada hari tersebut, iklan tadi akan terus follow dimana sahaja rakan anda melayari internet.

3) Pendaftaran adalah percuma

4) Paparan sistem dan statistik yang mudah di akses

5) cash out serendah RM50

Komisen RM5 Per Lead Program Affiliate InvolveAsia

get reward program affiliate involveasia

get reward program affiliate involveasia

Kenapa wajib sertai program affiliate Involvesia?

Okay kita dah masuk best part!

Bagi saya ini adalah peluang yang tak patut dilepaskan bagi penggemar program affiliate. Antara keghairahan lain yang terdapat dalam program ini ialah tawaran komisen RM5 per lead.

Begini…

Selain iklan dari rakan niaga InvolveAsia yang kita promosikan, kita juga sebenarnya berpeluang untuk menjana income dengan hanya memperkenalkan program affiliate InvolveAsia ini kepada orang lain.

Apa yang ditawarkan oleh InvolveAsia ini adalah program affiliate Pay Per Lead atau Pay Per signup.

Jadi,  jika ada rakan anda yang mendaftar email mereka untuk sertai Program Affiliate InvoveAsia ini, anda akan mendapat komisen sebanyak RM5 untuk 1 email yang berjaya didaftarkan.

Secara peribadi, saya agak teruja dengan nilai pay per lead yang ditawarkan oleh InvolveAsia.

Tambahan pula ia mudah dan boleh geli-geli dapat komisen RM5 setiap kali ada rakan yang daftar percuma!

Secara tak langsung dengan cara ini anda bukan sahaja boleh mengaut keuntungan daripada promosi iklan, malah menjana extra pendapatan santai hanya dengan berkongsi pautan pendaftaran program Affiliate InvolveAsia kepada seramai mungkin rakan terutamanya yang berkecimpung dalam dunia blogging.

Baiklah, jika anda malas sangat mahu mempromosikan iklan dari Lazada, zalora dan lain-lain tu, cukup dengan rekomenkan rakan anda menjadi affiliate Involveasia. Ish rugi jika tak join kerana bukan kena bayar pun.

Free of charge!

Bagaimana Untuk Daftar Program Affiliate InvolveAsia?

Anda boleh daftar di sini–> Daftar Affiliate InvolveAsia

[et_bloom_inline optin_id=”optin_1″]

3 Cara Jana Komisen InvolveAsia

Saya akan kongsikan cara yang strategik untuk membolehkan anda hasilkan income dari program ini.

(desclaimer: result mungkin berbeza-beza bagi setiap individu bergantung kepada tindakan, kredibiliti dan kemahiran tersendiri)

Jika anda anda website atau blog.

  1. Selepas pendaftaran anda berjaya, Tulis satu review khas bertujuan untuk berkongsi tentang program Affiliate InvolveAsia
  2. Sertakan pautan khas untuk rujukan pembaca supaya singgah ke laman involveAsia untuk daftar program affiliate
  3. Kongsikan artikel anda di internet, media social, forum dan lain-lain. Gunakan juga pautan anda sebagai ’email signature’ samaada di gmail atau yahoo.
Tips tambahan:

Bagi yang tidak memiliki website atau blog, jangan bimbang. Anda juga boleh sertai program ini.

Cuma mungkin akses anda kepada iklan-iklan dari rakan niaga InvolveAsia terbatas dan nipis nak makan komisen dari jualan produk. Tapi tak apa, ikut kaedah dibawah:

Apa yang anda perlukan sekarang ialah,

Pertama.

Tulis satu review khas dan hasilkan ia dalam bentuk E-book

Kongsikan pada rakan anda. Gunalah apa cara sekali pun dengan tujuan mengedarkan ebook tersebut secara percuma atau berbayar. Dilarang SPAM!

Kenapa berbayar? Mesti orang tak nak nanti!

Nanti dulu..

2 Tahun lepas saya pernah baca satu iklan di majalah.

Tajuknya lebih kurang macam ni..

“Mahu jana pendapatan dirumah secara santai? Saya akan berikan anda akses gerbang dan lubuk yang ramai orang tak tahu untuk buat duit!”

Jahat betul headline ni kan hehe.

Tapi ia memang tepat ke batang hidung prospek.

Arahannya juga sangat mudah, dimana untuk akses maklumat yang ingin dikongsikan oleh penulis tadi, saya perlu membayar sejumlah RM10 kepada beliau.

Akhirnya saya dapat jawapan kepada setiap akses yang diberikan melalui ebook ringkas yang ditulis.

Macam mana?

Tak reti tulis ebook? Ada cara dan alatnya, dalam entri lain saya akan kongsikan.

Saya harap anda faham. Simple sahaja kan..

Cadangan kecil daripada saya jika anda tak mahu gunakan cara di atas.

Anda buatlah satu blog khas percuma dari blogspot habis cerita.

 

Okay lah harap artikel kali ini membantu dan buka kelima-lima panca indera anda.

P/S: Mula-mula buat memang nampak susah tapi korang kan nak jana pendapatan kan. So jangan nak lemah sangat, bukan kena panjat KLCC pun.

 

 

 

 

 

About the Author Dukenaim

Seorang Entrepreneur & full time internet marketer. Aktif dalam perniagaan online sejak 2012. Mula bergiat dalam penulisan blog pada hujung tahun 2016. Berkongsi tentang informasi, tips, pemasaran, gaya hidup dan personal yang dirasakan sesuai untuk bacaan.

follow me on:

Leave a Comment:

CommentLuv badge

2 comments
Elih Japahar says February 5, 2017

Dah 6 bulan aku join Involveasia ni.

Komisen? memang padu tapi payment je lambat.

Minimum payment adalah RM80/USD20.

Kalau penyabar mcm aku, joinlah affiliate involveasia ni.
Elih Japahar recently posted…Bahaya Muat Naik Gambar, Video Anak Di Media SosialMy Profile

Reply
    Dukenaim says February 7, 2017

    Bab payment tu lambat tu memang tak syok. Tapi biasa ar benda free

    Reply
Add Your Reply